14 December 2011

KELANTAN VS PERSEBAYA FC: ANDIK VERMANSYAH BAKAL TURUN KE KOTA BHARU

Andik Vermansyah merupakan antara pemain utama Persebaya FC
Pertandingan persahabatan Malaysia-Indonesia, Piala Permai yang akan melibatkan Kelantan dan pasukan Persebaya FC akan di adakan secara timbal balik di Kota Bharu dan Surabaya, Indonesia.

Perlawanan ini dianggap sebagai persiapan terbaik kepada Kelantan yang akan mula terbabit dalam saingan Piala AFC bersama pasukan Terengganu selaku juara Liga Super dan Piala FA.

Kelantan yang diundi bersama dengan Arema Indonesia didalam kumpulan H, seharusnya menggunakan peluang perlawanan persahabatan dengan Persebaya FC untuk mengetahui corak dan tahap permainan pasukan dari Indonesia.

Antara pemain Persebaya yang dijangka akan menarik perhatian peminat ialah Andik Vermansyah, yang merupakan anggota skuad Indonesia bawah 23 tahun yang tewas pada Harimau Muda di temasya Sukan Sea baru-baru ini.

Memiliki susuk tubuh yang kecil, kelibat Andik sememangnya sentiasa menggugat pertahanan lawan dengan kepantasan larian dan kemahiran beliau. Beliau juga berjaya menjaringkan 17 gol untuk kelabnya musim ini.

Media Indonesia mengangkat Andik sebagai antara bakat muda terbaik yang pernah dilahirkan oleh bola sepak Indonesia dan mendapat perhatian dari kelab Benfica dan LA Galaxy.

Sebuah laman web* dari Indonesia juga melaporkan bahawa Kelantan berminat untuk mengikat Andik Vermansyah dan membawanya bermain di Liga Super Malaysia.


http://www.suzanafm.com/gibol/index.php/berita/berita/indonesia/979-kelantan-fc-minati-andik-vermansyah