5 December 2011

KEM LATIHAN HARIMAU MUDA DI AUSTRALIA


Pasukan olimpik kebangsaan ataupun Harimau Muda akan meneruskan latihan intensif sebagai persiapan terakhir sebelum meneruskan pusingan kedua Kelayakan Olimpik Februari tahun depan.

Malaysia akan bertemu dengan Bahrain pada 5hb Februari 2012 di Manama, Bahrain dan selepas itu melayani kunjungan pasukan Jepun di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 22 Februari 2012. Perlawanan terakhir kumpulan C ini adalah pada 14 Mac 2012 di mana Malaysia bakal menentang Syria.

Latihan 2 minggu di Australia yang akan bermula dari 10 Disember ini dilihat sebagai bekalan terbaik buat pemain-pemain negara untuk meneruskan perjuangan bagi merebut slot terakhir ke London 2012.

Dalam tempoh latihan tersebut, Harimau Muda disahkan akan menentang kelab Sydney FC, Central Coast Mariners dan Newcastle United Jets.

Seramai 30 orang pemain telah di senaraikan bagi latihan ini dan mereka akan melaporkan diri di Wisma FAM pada hari Isnin, 5 Disember 2012.

Beberapa nama baru daripada skuad Harimau Muda B dan pasukan negeri telah di panggil bagi memperkuatkan   skuad Harimau Muda, termasuklah dua pemain Piala Presiden Kelantan yang di angkat ke skuad utama Kelantan musim ini iaitu Syazwan Yusof dan Nik Mohd Syahrul Azim.

Jadual Perlawanan:


13 Disember 2011 : Harimau Muda vs Sydney FC
15 Disember 2011 : Harimau Muda vs Central Coast Mariners
19 Disember 2011 : Harimau Muda vs Newcastle United Jets

Senarai 30 pemain yang dipanggil untuk kem latihan

Penjaga Gol
1. Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan)
2, Syazwan Yusof (Kelantan)
3. Sharil Saari (Terengganu)
4. Mohd Izham Tarmizi (Harimau Muda A)

Pertahanan
5, Nik Mohd Syahrul Azim (Kelantan)
6. Mohd Zubir Mohd Azmi (Terengganu)
7. Mahalli Jasuli (Harimau Muda A)
8. Mohammad Amer Saidin (Harimau Muda A)
9. Mohammad Muslim Ahmad (Terengganu)
10. Mohammad Fadhli Mohd Shas (Harimau Muda A)
11. Muhammad Syazwan Tajuddin (Harimau Muda B)

Tengah
12. Gary Steven Robbat (Harimau Muda A)
13. Mohd Affize Faisal (Harimau Muda A)
14. Wan Zack Haikal Wan Noor (Harimau Muda A)
15. Abdul Shukor Jusoh (Harimau Muda A)
16. K Ggurusamy (Selangor)
17. Mohd Fandhi Othman (Harimau Muda A)
18. Mohd Irfan Fazail (Harimau Muda A)
19. Wan Zaharulnizam Wan Zakaria (Harimau Muda A)
20. Muhammad Nazmi Faiz Mansor (Harimau Muda A)
21. Mohd Azizan Nordin (Harimau Muda B)
22. Mohd Azrif Nasrulhaq (Selangor PKNS)
23. K Rubent (UKM)

Penyerang
24. Mohd Izuan Solahuddin (Kelantan)
25. Ahmad Hazwan Bakri (Kuala Lumpur)
26. Ahmad Fakri Saarani (Negeri Sembilan)
27. Syahrul Azwari Ibrahim (Kelantan)
28. A. Thamil Arasu (HM A)
29. D. Saarvindan (HM B)
30. Muhammad Akmal Ishak (HM B)