20 December 2011

KENALI SUPERSTAR PERSEBAYA FC: ANDIK VERMANSYAH



Ketibaan pasukan Persebaya FC bagi perlawanan persahabatan menentang Kelantan sempena Piala Permai pada 23 November ini pastinya akan menarik minat seluruh peminat bola sepak Kelantan.

Persebaya FC merupakan pasukan daripada Indonesia yang kedua melawat Kelantan pada tahun ini selepas Pelita Jaya baru-baru ini. Pelita Jaya merupakan pasukan yang diwakili oleh penyerang negara, Safee Sali.

Namun bagi Persebaya FC, bintang utama mereka ialah Andik Vermansyah. Beliau merupakan pemain utama bagi Persebaya dan menjadi ikon dan idola bagi semua penyokong fanatik Persebaya FC yang dikenali sebagai 'Bonek'.

Andik dilahirkan pada 23 November 1991 merupakan pemain yang mempunyai susuk tubuh yang sederhana dan hanya berketinggian 162cm. Permulaan kariernya hanyalah bermula sebagai penjual 'ais dan kek' di sekitar stadium kelabnya kini sehingga menjadi seorang pemain yang disegani.

Ibubapanya berhijrah ke Surabaya daripada Jawa Timur dan Andik membesar  dengan memeliki semangat gigih untuk membantu ibubapanya dan belaiu sudah pandai berdikari dari usia muda.

Minat beliau pada bola sepak membuatkan Andik gigih bekerja demi membeli sepasang but bola dengan duit hasil titik peluhnya sendiri.

Andik berlatih dengan abangnya dengan cara yang unik dimana abangnya akan menendang bola itu sejauh mungkin dan kemudian Andik akan mengejar bola itu selaju yang dia mampu. Beliau juga sering berlari mengejar teksi dan sedikit demi sedikit membina kepantasan dan kecergasan lariannya.

Andik juga sering menyertai kejohanan bola sepak anjuran kampung sekitar Surabaya dan akhirnya bakatnya dikesan oleh jurulatih SSB Suryanaga, Rudi yang menawarkannya bermain untuk di sekolah bola sepak di Jawa secara percuma.

Kini Andik merupakan pemain kebangsaan Indonesia bawah 23 tahun dan memiliki prospek yang cerah dalam bola sepak Indonesia. Andik dikatakan memiliki skil dan kemahiran seiras Lionel Messi.