26 December 2011

PASUKAN KELANTAN AKAN DILAYAN SEBAGAI TETAMU NEGARA DI SURABAYA, INDONESIA


Penyokong setia Persebaya yang digelar 'Bonek' bakal memberikan lebih tekanan
kepada pasukan Kelantan pada 28 Disember ini.
Persebaya FC akan memberikan sambutan yang meriah dan mesra kepada pasukan Kelantan yang akan tiba di kota Surabaya, Indonesia petang ini.

Pegawai Perhubungan Awam Persebaya, Ram Surahman menjelaskan, pihaknya akan cuba memberikan sambutan terbaik dan meriah seperti sambutan yang diterima oleh pasukan mereka semasa berkunjung ke Kota Bharu lalu.

Persatuan penyokong Persebaya juga bakal menghantar 30 orang 'bonek' ke Bandara Juanda untuk menyambut ketibaan pasukan Kelantan yang akan tiba bersama 18 orang pemain dan 7 pegawai.

Garden Palace Hotel, Surabaya
Pasukan Kelantan bakal menginap di Garden Palace Hotel, Surabaya dan akan diberikan sambutan rasmi oleh Wakil Walikota Surabaya, Bambang DH di Hotel JW Marriot pada 27 Disember.

Ram Surahman menyatakan layanan baik ini diberikan kepada skuad Kelantan yang dianggap sebagai tetamu negara dan bangsa mereka.

Sumber: www.beritajatim.com