26 December 2011

PERSEBAYA FC MAHU KHAIRUL FAHMI CHE MAT DITURUNKAN RABU INI

Aksi Khairul Fahmi ketika menyelamatkan tendangan penalti Indonesia
ketika perlawanan akhir bola sepak di Sukan Sea Palembang .

Ketibaan pasukan Kelantan telah diberikan sambutan yang meriah dan mesra oleh penyokong-penyokong serta pegawai pasukan Persebaya FC sebentar tadi.

Antara pemain yang mendapat perhatian utama media dan penyokong Persebaya ialah penjaga gol kebangsaan, Khairul fahmi Che Mat, Norshahrul Idlan Talaha dan penyerang import, Muhammad Ghaddar.

Pegawai perhubungan awam Persebaya FC, Ram Surahman menyatakan bahawa Khairul Fahmi Che Mat amat dikenali oleh peminat bola sepak di Indonesia sebagai salah seorang penjaga gol yang terbaik di rantau ini.

Beliau mengharapkan agar Khairul Fahmi dapat diturunkan pada aksi menentang Persebaya nanti setelah dia direhatkan ketika perlawanan pertama di Kota Bharu.

Khairul Fahmi merupakan penjaga muda dari pasukan kelantan yang telah membantu pasukan kebangsaan Malaysia menundukkan pasukan kebangsaan Indonesia senior dan bawah 23 tahun di kejohanan Piala Suzuki AFF 2010 dan perlawanan akhir Sukan Sea Palembang 2011.

Ironinya, Khairul Fahmi telah muncul sebagai penyelamat gawang Malaysia dengan menyelamatkan  2 sepakan penalti pemain Indonesia iaitu Firman Utina dan Ferdinan Sinaga di kedua-dua kejohanan tersebut.

Sudah semestinya kelibat Khairul Fahmi bakal dinantikan oleh penyokong fanatik Persebaya dan mereka akan mengharapkan supaya pemain Persebaya seperti Andik Vermansyah dan lain-lain supaya berusaha lebih keras untuk menembusi gawang Pasukan Kelantan.

Sumber: www.beritajatim.com