16 December 2011

PERSEBAYA FC PANDANG SERIUS PERLAWANAN MENENTANG KELANTAN

Persebaya FC akan tiba ke Kota Bharu 21 Disember 2011

Persebaya FC yang dijadualkan akan bertandang ke Kota Bharu 23 Disember ini kini sedang giat berlatih bagi persiapan merebut Piala Permai yang julung kali di adakan.

Pembatalan perlawanan Persebaya Fc dengan Sriwijaya FC pada Sabtu ini memberikan mereka lebih masa dan ruang untuk memperbaiki mutu permainan setelah tewas pada aksi terakhir mereka kepada Semen Padang FC.

Persebaya memandang serius cabaran yang akan dihadapi di Kota Bharu kelak dan jurulatih Persebaya FC, Divaldo Alves menyifatkan Kelantan, juara Liga Super Malaysia sebagai pasukan yang kuat.

Jurulatih itu akan memberikan penekanan lebih kepada mutu permainan dan penguasaan bola oleh pemain-pemain mereka bagi menghadapi Kelantan. 

Persebaya FC akan bertolak ke Kota Bharu pada 21 Disember dan mempunyai masa sehari untuk membiasakan diri dengan keadaan di Kelantan.

Persebaya FC membawa 18 orang pemain dan 7 orang pegawai ke Kelantan. Skuad mereka akan disertai oleh bintang utama mereka iaitu Andik Vermansyah.

Sumber: