21 December 2011

PERSEBAYA FC TIDAK TAHU KEKUATAN KELANTAN

Persebaya Fc dijangka akan memberikan kawalan ketat kepada Mat Yo

Menjelang perlawanan Piala Permai diantara Kelantan dan Persebaya Fc Jumaat ini, pasukan pelawat mengakui mereka 'buta' tentang kekuatan juara Liga Super Malaysia itu.

"Saya tidak tahu banyak tentang tim Kelantan. Saya hanya tahu mereka juara Malaysia,Saya juga tidak tahu komposisi mereka, hanya dua atau tiga pemain yang saya dapat info," kata Divaldo Alves, jurulatih Persebaya yang berasal dari Portugal.

Divaldo juga mengingatkan anak-anak buahnya supaya berwaspada dengan kelibat penyerang kebangsaan Malaysia iaitu Norshahrul Idlan Talaha serta mahu jentera serangannya berusaha keras untuk menembusi penjaga gol terbaik Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat.

Namun Divaldo dilaporkan sudah berjaya mendapatkan video perlawanan yang melibatkan pasukan Kelantan dan mendapat sedikit maklumat tentang pemain-pemain import baru The Red Warriors seperti Ghaddar dan Danny Antwi.

Kekuatan Kelantan juga sebenarnya belum dapat dipastikan secara jelas kerana jurulatih baru Kelantan, Peter Butler kelihatan sedang mencuba gandingan pemain serta menerapkan corak permainan dan formasi yang baru.

Sumber: http://www.beritajatim.com/detailnews.php/5/Olahraga/2011-12-21/121470/Wadow.._Persebaya_Buta_Kekuatan_Kelantan_FA