6 December 2011

PIALA AFC 2012: KELANTAN DI UNDI DALAM KUMPULAN H.



Kelantan di undi dalam kumpulan H bersama dengan tiga lagi pasukan dari rantau Asia Tenggara iaitu Arema Indonesia (Indonesia), Navibank Saigon (Vietnam), dan Ayeyawady (Myanmar).

Undian Piala AFC ini berlangsung di rumah AFC, Kuala Lumpur sebentar tadi dan Malaysia di wakili oleh dua pasukan iaitu Juara Liga Super, Kelantan dan Juara Piala FA, Terengganu yang di undi dalam kumpulan F.

Arema Indonesia yang dahulunya dikenali sebagai Arema Malang merupakan sebuah kelab yang berpengkalan di Jawa, Indonesia dan merupakan naib Juara Liga Super Indonesia musim 2010/2011. 

Kelab ini yang dikenali sebagai 'Singa Edan' turut muncul juara Liga Super Indonesia pada musim 2009/2010 dan Stadiumnya berkapasiti 35,000 orang penonton.

Kapten pasukan ini ialah pemain kebangsaan Singapura, Nor Alam Syah dan antara pemain import mereka ialah Esteban Gulien dari Uruguay, Roman Schemelo dari Slovakia dan Mohd Ridhuan dari Singapura.

Penjaga gol utama Arema ialah Kurnia Meiga iaitu penjaga gol kebangsaan Indonesia yang beraksi dalam kejohanan Sukan Sea baru-baru ini.

Navibank Saigon FC pula ialah Juara Piala Vietnam 2011 dan menduduki tangga ke 8 liga-V dan berpengkalan di Ho Chi Minh City, Vietnam.

Stadium keramat mereka ialah Thong Nhat Stadium di Ho Cho Minh dan mempunyai kapasiti sebanyak 25000 penonton. Kelab ini di barisi oleh pemain tempatan dan 4 pemain import dari afrika.

Sementara itu Ayeyawady United pula ialah sebuah kelab dari Myanmar yang berpengkalan di Pathein Stadium, Myanmar dan mempunyai kapisiti seramai 6000 penonton.

Ayeyawady United FC dahulunya dikenali sebagai Delta United dan merupakan naib juara Liga Kebangsaan Myanmar di belakang Yangon FC pada musim 2011.