14 December 2011

PIALA FA 2012: KELANTAN IDAM MENANG PIALA FA PERTAMA KALI

Peter Butler pernah membawa Kelantan ke final Piala  FA  2009

Pasukan kelantan telah berjaya merangkul dua kejuaraan besar dalam Liga bola sepak Malaysia iaitu Piala Malaysia dan Liga Super pada musim 2010 dan 2011.

Kejuaraan ini merupakan detik paling gemilang dalam sejarah bola sepak kelantan sepanjang pembabitan didalam liga bola sepak di Malaysia.

Namun bagi setiap penyokong Kelantan, impian bagi membawa pulang Piala FA ke Kota Bharu untuk kali pertama belum tercapai setelah dua kali dikecewakan dalam perlawanan akhir Piala FA pada musim 2009 dan 2011.

Aksi Shahrizan Ismail semasa final Piala FA 2009
Kelantan muncul pada pentas final untuk kali pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil ketika menentang Selangor dalam perlawanan akhir Piala FA tahun 2009. The Red Warriors tewas 4-1 kepada Selangor dalam penentuan tendangan penalti dalam perlawanan yang berkesudahan jaringan seri 1-1.

Norfarhan Muhammad menjaringkan gol Kelantan pada separuh masa pertama di masa tambahan sebelum Amri Yahyah muncul penyelamat Selangor dengan jaringan penyamaan. 

Puluhan ribu penyokong Kelantan pulang hampa setelah Indra Putra dan Zairul Fitrie gagal menyempurnakan sepakan penalti untuk memberikan kemenangan kepada Selangor.


Pemain Terengganu meraikan kemenangan mereka
dalam Perlawanan akhir Piala FA 2011
Episod malang Piala FA kembali menghantui The Red Warriors apabila sekali lagi dikecewakan oleh Jiran terdekat, Terengganu pada final 2011. Terengganu bangkit di akhir minit perlawanan dan memenangi Piala FA 2011 dengan penuh dramatik.

Kelantan yang sebelum itu mendahului perlawanan melalui gol cantik Nurul Azwan Roya diminit ke 79 terpaksa berputih mata setelah pemain pertahanan Kelantan, Daudsu Jamaludin tertanduk masuk bola ke gol sendiri didalam usaha mempertahankan gawang.

Nordin Alias muncul wira pasukan Terengganu apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit ke 110 masa tambahan untuk Terengganu menang dengan jaringan 2-1.


Barisan pemain Kelantan musim 2012 dilihat mampu membawa kejayaan pada musim hadapan

Namun kelebihan undian Piala FA 2012 dilihat berpihak pada Kelantan setelah di undi dalam kumpulan yang lebih selesa berbanding Terengganu, Selangor dan Negeri sembilan yang di undi didalam kumpulan yang sama.

Kelantan dijangka tidak berdepan masalah untuk sekurang-kurangnya layak ke suku akhir apabila mendapat undian mudah menentang Sarawak di pusingan pertama sebelum menanti pemenang antara Kuala Lumpur dan MP Muar di pusingan kedua.

Penyokong dan peminat pasukan Kelantan sentiasa optimis dan menaruh sepenuh kepercayaan dengan barisan pemain dan skuad The Red Warriors untuk sekali lagi mencipta sejarah bola sepak Kelantan dengan membawa pulang Piala FA ke Kota Bharu.