1 December 2011

PRA MUSIM LIGA SUPER 2012: KELANTAN 3-1 PERAK

Mohamad Ghaddar beraksi cemerlang pada aksi pertama bersama The Red Warriors. Foto: kredit to Shazli TRW&wawanfaiz.com

Setelah berakhirnya perlawanan antarabangsa pasukan kebangsaan dalam kempen Sukan Sea dan kelayakan Olimpik London, perhatian peminat bola sepak negara kembali kepada pasukan negeri-negeri masing.

Pasukan Kelantan bangkit daripada kekalahan pertama dalam perlawanan pra-musim kepada Negeri Sembilan dan mencatatkan keputusan cemerlang dengan mengalahkan Perak 3-1 di Paroi, sebentar tadi.

Kelantan turut menurunkan kesebelasan utama untuk pertama kali pada malam ini di mana tiga bekas pemain yang berhijrah ke T-Team iaitu, Indra Putra, Azizi Mat Rose dan Norfarhan Mohamad beraksi cemerlang.

 Indra menjaringkan gol ke dua Kelantan di minit ke 24 dan membuktikan beliau masih mempunyai penyudah yang berbisa dan bakal menarik kembali sokongan penyokong Kelantan yang sebelum ini kecewa dengan penghijrahan beliau pada musim lepas.

Penyerang sensasi pasukan kebangsaan Lubnan, Mohamad Ghaddar juga telah membuat penampilan pertama untuk Kelantan serta berjaya menjaringkan gol hasil sepakan penalti di minit ke 93.

Kelantan memperolehi gol pertama melalui tendangan penalti yang di sempurnakan oleh Danny Antwi pada minit ke 15 serta menambah koleksi jaringannya kepada 7 gol.

Perak memperolehi gol saguhati perlawanan hasil jaringan kapten pasukan, Shahrolnizam pada minit ke 60.

Setelah cemerlang mengharungi perlawanan pra-musim dengan 4 kemenangan dan 1 kalah, pasukan The Red Warriors akan pulang ke Kota Bharu bagi meneruskan latihan.

Perlawanan seterusnya Kelantan dijadualkan akan menentang T-Team pada 10 Disember 2011 di Stadium Sultan Muhammad IV.