24 December 2011

SAFEE SALI MUNGKIN TAK DAPAT WAKILI MALAYSIA, TINDAKAN NORSHAHRUL TIDAK KE INDONESIA TEPAT

Matyo dan Safee merupakan gandingan penyerang terbaik Harimau Malaya
Peminat bola sepak negara dikejutkan dengan kemelut liga bola sepak dinegara jiran, Indonesia yang bakal dikenakan tindakan oleh FIFA.

Masalah ini timbul apabila Indonesia mempunyai dua liga yang berbeza iaitu Liga Super Indonesia dan Liga Primer Indonesia dibawah pentadbiran pengurusan yang berbeza.

Liga Super Indonesia merupakaan kejohanan kelab-kelab bola sepak profesional di Indonesia tetapi tidak bernaung di bawah PSSI.

FIFA  memberikan tarikh akhir 20 Mac tahun depan kepada Indonesia untuk menyelesaikan segala polemik yang berkaitan dengan arena bola sepak di republik itu atau berdepan dengan tindakan penggantungan atau pengharaman.

Tindakan pengharaman ini akan berkuatkuasa keatas semua pegawai, pengadil dan pemain yang beraksi dalam Liga Super Indonesia.

Pemain yang beraksi dalam liga ini juga akan dikenakan pembekuan status perpindahan dan tidak dapat bermain dalam kelab, persatuan atau negara yang berada di bawah naungan FIFA.

Safee Sali yang bermain dengan kelab Pelita Jaya juga berada didalam Liga Super Indonesia dan berhadapan dengan risiko pengharaman ini.

Dia mungkin tidak dapat menyertai skuad Harimau Malaya jika pengharaman ini disahkan dan Malaysia bakal kehilangan seorang penyerang yang prolifik dan berkualiti.

Malaysia akan menjadi penganjur bersama dengan Thailand dalam kejohanan Piala AFF Suzuki 2012 dan merupakan juara bertahan.

Aksi cemerlang skuad Malaysia semasa Piala AFF 2010 dan Sukan Sea 2011 memikat beberapa Kelab dari Indonesia untuk mendapatkan khidmat pemain-pemain Malaysia seperti Khairul Fahmi, Norshahrul dan Baddrol Bakhtiar.

Namun Khairul Fahmi dan Norshahrul membuat keputusan untuk terus bersama Kelantan dan tidak menerima tawaran daripada kelab Indonesia dan terbukti keputusan mereka adalah tepat.

Sumber: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=1224&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm