27 December 2011

UNITY CUP: KESEBELASAN UTAMA PERSEBAYA FC MENENTANG KELANTAN

Andik Vermansyah sedia untuk gempur kubu Kelantan dalam aksi  kedua di Surabaya

Persebaya FC dilaporkan telah mengeluarkan bayangan kesebelasan utama mereka bagi menghadapi Kelantan pada perlawanan merebut 'Unity Cup' pada 28 Disember.

Menurut penolong pelatih pasukan Persebaya FC, Ibnu Grahan menyatakan bahawa pasukan mereka sedang mengalami masalah ketumpulan jentera serangan.

Persebaya hanya berjaya mendapatkan 4 gol daripada 4 perlawanan terdekat dalam Liga Primer Indonesia termasuk ketika menentang Kelantan di Kota Bharu.

Ibnu juga memberitahu bahawa penyerang import mereka, Andrew Barisic dan Mario Karlovic mungkin tidak akan diturunkan setelah mengalami penurunan prestasi dan Persebaya akan memberi kepercayaan kepada penyerang tempatan iaitu Andik, Feri Ariawan dan Rendi.

Persebaya juga lega kerana penjaga gol utama, Endra Prasetya sudah kembali cergas dan akan diturunkan. Endra akan di bantu oleh barisan 4 pemain pertahanan iaitu Otavio Dutra, Rivellino, Mat Halil dan Erol Ilba.

Bahgian tengah padang pula akan di kemudi oleh Taufiq, Rian Wahyu dan Jusmadi, serta jentera serangan Persebaya terdiri daripada Andik, Feri dan Rendi.

Persebaya dan Kelantan turut bersetuju supaya tiada tambahan masa diberikan sekiranya perlawanan berkesudahan seri 1-1 setelah tamat 90 minit permainan dan akan diadakan tendangan penalti bagi menentukan pemenang.

Sumber: www.beritajatim.com