29 December 2011

UNITY CUP: PERSEBAYA FC MENANG DI PADANG BECAK

Andik nadi utama Persebaya FC
Persebaya FC muncul juara  'Unity Cup' edisi pertama dengan menewaskan pasukan Kelantan 3-2 di Stadium 10 November, Surabaya, Indonesia .

Perlawanan persahabatan ini yang akan diadakan secara tahunan diantara juara Liga Super Malaysia dan Liga Primer Indonesia adalah bagi menjalin dan membina perhubungan yang muhibbah diantara kedua negara.

Persebaya yang berjaya mengikat Kelantan pada aksi pertama di Kota Bharu tampil lebih berkeyakinan pada malam ini dengan hantaran pendek dan gerakan yang kemas dan menarik.

Kelantan bagaimanapun menguasai babak awal permainan dengan beberapa pergerakan menarik sebelum Persebaya berjaya mendapatkan gol pertama diminit ke 16 hasil jaringan Andik Vermansyah.

Walaupun bermain diatas keadaan padang yang becak, Kelantan berjaya menyamakan kedudukan melalui Norshahrul Idlan yang mudah menolak masuk bola hantaran Mohamad Ghaddar pada minit ke 48.

Perubahan positif yang cuba dipamerkan oleh Kelantan bagaimanapun tidak mampu menyekat kemaraan trio Persebaya, iaitu Andik, Taufiq dan Rendi yang sering mengancam pertahanan Kelantan.

Andik sekali lagi menambah luka Kelantan dengan hantaran yang cantik untuk disudahkan oleh Ferry Iriawan bagi Persebaya kembali didepan pada minit ke 65.

10 minit kemudian, kapten Persebaya, Otavia Dutra mengesahkan kemenangan Persebaya apabila tenang melorongkan bola hantaran Andik melewati Khairul Fahmi Che Mat untuk gol ke 3.

Kelantan berjaya merapatkan kedudukan menjadi melalui Indra Putra pada diminit terakhir perlawanan bagi perlawanan tamat dengan Persebaya menang 3-2.