13 January 2012

BARISAN KEMUNGKINAN KELANTAN VS PKNS FC


Setelah mengubati kekecewaan penyokong dan peminat The Red Warriors dengan membenam Lions XII di Singapura tempoh hari, Kelantan malam ini akan melayani kunjungan pasukan PKNS FC di Kota Bharu.

Walau bagaimanapun, Peter Butler diramalkan akan merehatkan beberapa pemain utama yang telah beraksi dalam beberapa perlawanan kompetitif menentang Persebaya FC, Negeri Sembilan dan Lions XII.

Selepas perlawanan ini, Kelantan dijadualkan akan menentang Johor FC Selasa depan di Stadium Sultan Muhammad ke IV sebelum bertandang ke Alor Star bagi pertemuan menentang Kedah pada 21 Januari.

Jadual yang padat ini bakal memberi peluang kepada beberapa pemain Kelantan yang jarang dan masih belum diturunkan untuk membuktikan 'sesuatu' kepada Butler dan seterusnya melahirkan persaingan yang sihat bagi merebut kesebelasan utama Kelantan.

Beberapa pemain tonggak yang tidak diturunkan seperti Norfarhan, Azizi Ismail, Ghaddar, dan Subramaniam dijangka akan diletakkan dibangku simpanan.