7 January 2012

BARISAN KEMUNGKINAN LIONS XII MENENTANG KELANTAN 10 JANUARI 2012


Berikut merupakan kemungkinan barisan kesebelasan utama Lions XII apabila menentang Kelantan pada perlawanan pertama Liga Super Malaysia 2012:

Grafik oleh Les Tan, Red Sports.

LIONS XII

Bermula daripada penjaga gol sehinggalah kepada penyerang, Lions XII bukanlah calang-calang pasukan dan mereka bukanlah 'seremaja' Harimau Muda' kita yang akan beraksi didalam Liga Singapura. Kebanyakan pemain mereka adalah pemain-pemain utama dan pernah menganggotai skuad kebangsaan Singapura.


Izwan Mahmud ialah penjaga gol Singapura ketika Malaysia tewas dengan aggregat 6-4 dalam pusingan kelayakan Piala Dunia tahun lalu.  Ketangkasannya di gawang diakui oleh musuh dan lawan serta dijangka akan terus menjadi pilihan utama disebalik seorang lagi penjaga gol kebangsaan Singapura iaitu Hyrulnizam Jumaat.

Pertahanan tengah Lions XII juga dibarisi oleh dua pemain kebangsaan Singapura iaitu Safuwan dan Baihakki. Safuwan telah bermain cemerlang sepanjang kempen kelayakan Piala Dunia manakala Baihakki sebelum ini pernah beraksi bersama pasukan Persib Bandung dan Medan Chiefs di Indonesia.

Dibahagian pertahanan kiri ialah Shaiful Esah dan Juma'at Jantan di sebelah kanan. Shaiful merupakan 'pakar' bola mati dan mampu menjaringkan gol daripada tendangan percuma namun kedua-dua pemain ini agak 'perlahan' dan senang dibocori oleh pemain dari pasukan lawan yang pantas dan licik.

Jentera midfield menjadi milik pemain berpengalaman, Isa Halim dan bintang muda Singapura iaitu Haris Harun yang baru berusia 21 tahun. Isa memiliki lebih 22 cap bersama skuad kebangsaan Singapura dan Isa merupakan pemain tengah bertahan yang bagus.

Pilihan utama di bahagian sayap kiri ialah Khairul Amri yang dianggap antara pemain paling berbakat pernah dilahirkan oleh bola sepak Singapura namun kecederaan ACL yang dialaminya bakal memaksanya untuk berehat sehingga hujung bulan ini sementara posisinya di ambil oleh pemain muda, Fazli Ayob.

Yasir Hanapi ialah pilihan utama di sayap kanan dan pemain muda ini dikatakan mempunyai kemahiran teknikal yang tinggi dan telah bermain dengan cemerlang pada aksi persahabatan menentang Johor FC pada minggu lepas.

Bahagian serangan Lions XII dibarisi oleh 2 pemain utama mereka iaitu Agu Casmir selaku penyerang utama dan dibantu oleh kapten mereka, Shahril Ishak yang memiliki kualiti hantaran bola yang baik serta berupaya menjaringkan gol.

Agu Casmir ialah penyerang kelahiran Lagos, Nigeria dan pernah menganggotai skuad Singapura yang menjadi Juara Piala Tiger AFF pada tahun 2005 dan memiliki rekod jaringan sebanyak 13 dalam 35 perlawanan untuk Singapura.


Sumber: Redsports