30 January 2012

HARIMAU MALAYA VS KELANTAN, 1 FEBRUARI 2012: JANGKAAN KESEBELASAN UTAMA


KAFA hari ini mengumumkan perlawanan persahabatan diantara Kelantan menentang skuad Harimau Malaya bimbingan K.Rajagobal pada Rabu ini di Stadium Nasional Bukit Jalil sempena persiapan pasukan kebangsaan bagi menghadapi kejohanan Piala AFF 2012.

JANGKAAN KESEBELASAN UTAMA KELANTAN 

Kelantan bakal beraksi tanpa kelibat pemain tonggak yang menyertai Harimau Malaya iaitu Norshahrul Idlan, Syazwan Yusof, Subramaniam, Aziz Ismail dan Shakir Saari.

Ini akan memberikan Peter Butler peluang untuk menguji kekuatan pasukannya berhadapan dengan skuad Rajogobal yang terdiri daripada pemain-pemain terbaik negara.

Kelantan dijangka menurunkan Shahrizan digawang dengan 4 pertahanan yang terdiri daripada Daudsu, Farisham, Obinna Nwannari dan Zamri Ramli.

Sementara Norfarhan, Badri Radzi, Indra Putra dan Khairul Izuan di bahagian midfield serta dua penyerang import, Muhamad Ghaddar dan Danny Antwi di bahagian serangan.

Obinna Nwannari merupakan pemain pertahan import baru yang berasal dari Nigeria dan baru sahaja ditandatangani oleh KAFA pada 30 Januari 2012 bagi memantapkan cabaran The Red Warriors dalam Liga Malaysia dan Piala AFC.

JANGKAAN KESEBELASAN UTAMA HARIMAU MALAYA

Rajagobal berkemungkinan akan bermula dengan pilihan pemain yang bakal menjadi pilihan utamanya dalam skuad kebangsaan dengan mengekalkan Safiq Rahim dan Amar Rohidan di bahagian tengah serta Ashari Samsuddin dan Shahurain di bahagian kiri dan kanan.

Farizal akan menjadi pilihan utama digawang dengan Aidil Zafuan dan Subramaniam dipertahanan tengah serta Asrarudin dan Mazlizam di pertahanan kiri dan kanan.

Ketiadaan Safee Sali akan memberikan peluang untuk Norshahrul Idlan digandingkan dengan Zaquan Adha dibahagian serangan dengan abdul Hadi Yahya sebagai pilihan tambahan.

Pemain lain seperti Aziz Ismail, Shakir Saari, S.Kunanlan, G.Mahathevan, Baddrol Bakhtiar, Syazwan Yusof, Bunyamin Omar, Azmi Muslim dan lain-lain akan dimasukkan pada separuh masa.