25 January 2012

ISU PIJAK GHADDAR: THIRUMURUGAN BAKAL TERIMA HUKUMAN TEGAS DARI FAM

Insiden pemain Kedah, V.Thirumurugan yang memijak bahagian belakang pemain import Kelantan, Muhamad Ghaddar semasa perlawanan Kedah menentang Kelantan di Stadium Darul Aman pada 20 Januari lalu telah terlepas daripada pandangan pengadil perlawanan dan tidak dikenakan sebarang amaran.

Walau bagaimanapun video perlawanan jelas menunjukkan bahawa terdapat unsur-unsur sengaja ingin mendatangkan kecederaan pada pemain lawan dan perbuatan seperti ini sepatutnya menerima perhatian dan hukuman yang tegas daripada FAM.

Kedah tewas 0-3 kepada Kelantan pada perlawanan tersebut yang menyaksikan penyokong-penyokong mereka mengadakan demonstrasi diluar stadium selepas perlawanan setelah pasukan mereka menunjukkan prestasi merudum awal musim ini.

Balotelli dirakam sengaja memijak kepala Scot Parker semasa perlawanan Manchester City vs Tottenham Hotspur

Dua hari kemudian kejadian yang serupa berlaku di Liga Perdana Inggeris semasa perlawanan Manchester City menentang Tottenham Hotspur di Stadium Ettihad, di mana penyerang City, Mario Balotelli telah didapati dengan sengaja memijak kepala pemain Tottenham, Scott Parker.

Insiden ini juga telah terlepas dari pandangan pengadil perlawanan, Howard Webb yang disifatkan sebagai pengadil terbaik di England dan Balotelli berjaya menjaringkan gol kemenangan City sejurus selepas itu melalui tendangan penalti.

Howard Webb yang selepas itu menyaksikan rakaman video insiden ini telah menyatakan bahawa Mario Balotelli harus dikenakan kad merah dan hukuman gantung 4 perlawanan yang dijatuhkan oleh FA England kepada Balotelli adalah wajar.

Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa memandang serius isu ini dah telah pun melaporkannya kepada FAM melalui surat yang bertarikh 22 Januari 2012. Hukuman yang setimpal wajar dikenakan sekiranya pemain tersebut didapati bersalah supaya kejadian sama tidak berulang dan menjadi pengajaran kepada pemain lain diatas semangat 'Fair Play' dan kesukanan.


Video insiden V.Thirumugan memijak belakang Muhamad