21 January 2012

KEDAH 0-3 KELANTAN: KELANTAN DIPUNCAK LIGA

Norshahrul Idlan Talaha mencatatkan jaringan
dalam 2 perlawanan berturut-turut
Foto: Arep Kulai


Kelantan mendahului carta Liga Super bagi kali pertama musim ini selepas 4 perlawanan apabila berjaya menundukkan Kedah 3-0 di Stadium Darul Aman, malam tadi.

Kedah terus dilanda kemarau jaringan dan telah bolos 6 gol setakat ini sekaligus mengulangi prestasi buruk mereka diawal musim lepas.

Kelantan yang menguasai perlawanan mencipta jaringan pertama melalui penalti yang disempurnakan oleh Muhamad Ghaddar diminit ke 35 setelah Norshahrul Idlan Talah dijatuhkan oleh Fauzi Nan di dalam kotak penalti.

Kelantan bermain kemas pada separuh masa pertama dengan penguasaan pertengahan padang dan hantaran-hantaran pendek yang sering mengucar-kacirkan pertahanan Kedah.

Namun Kedah yang banyak membuat hantaran jauh mendapat peluang terbaik mereka setelah Khyril Muhymeen berjaya melepasi pertahanan Kelantan tetapi kuisannya yang lemah berjaya diselamatkan oleh Khairul Fahmi.

Kelantan menambah 2 lagi gol diseparuh masa kedua setelah Norshahrul yang tidak dikawal berjaya melakukan rembatan setelah menerima hantaran daripada Danny Antwi di minit ke 78,

Sejurus sebelum wisel penamat dibunyikan, DannyAntwi berjaya mendapatkan gol pertamanya musim ini setelah mudah menolak masuk bola yang dirampas dari Helmi Eliza yang lambat mengeluarkan bola.

Perlawanan dicemari dengan beberapa insiden pemain-pemain Kedah yang mengasari Muhamad Ghaddar namun tidak disedari oleh pengadil perlawanan.

Video jaringan Kedah vs kelantan