14 January 2012

KELANTAN 1-1 PKNS FC: KELANTAN HAMPIR DIMALUKAN PKNS FC

Piya meraikan jaringan pertamanya bersama Ghaddar & Norfarhan.
Foto kredit to Dunia Warriors.

Kelantan gagal mengutip 3 mata penuh apabila sekadar seri pada perlawanan kedua Liga Super di Kota Bharu setelah di ikat oleh juara Liga Perdana 2011, PKNS FC dengan jaringan 1-1.

Kelantan tampil lesu pada separuh masa pertama tetapi bermula baik di separuh masa kedua setelah Norfarhan dan Indra Putra masuk menggantikan Nurul Azwan dan S.Chanturu.

Kapten Kelantan, Badri Radzi berjaya menjaringkan gol pendahuluan hasil daripada sepakan sudut Norshahrul Idlan yang gagal ditangkap kemas oleh penjaga gol PKNS diminit ke 70.

Namun PKNS berjaya menyamakan kedudukan hasil tendangan penalti Rudie Ramli diminit ke 80 yang berpunca daripada kesilapan pemain pertahanan, Subramaniam yang gagal membuat hantaran belakang yang kemas kepada penjaga gol.

Keputusan seri ini nyata mengecewakan penyokong-penyokong setia The Red Warriors yang disajikan dengan persembahan hambar pasukan Kelantan yang sekali lagi gagal mempertahankan gol pendahuluan walaupun tampil dengan pemain-pemain berstatus bintang dan import.

Kelantan bakal melayani kunjungan sebuah lagi pasukan berstatus kelab iaitu Johor FC pada Selasa ini di Stadium Sultan Muhammad ke IV.

video jaringan Kelantan vs PKNS FC