18 January 2012

KELANTAN 2-1 JOHOR FC: MATYO TUNAIKAN JANJI DAPATKAN GOL

Indra merayakan jaringan kemenangan oleh Norshahrul Idlan.
Foto kredit: www.duniawarriors.com

Kelantan mencatat kemenangan kedua musim ini selepas 3 perlawanan apabila berjaya menundukkan Johor FC 2-1 di Stadium Sultan Muhammad ke IV, malam tadi.

Kedua-dua pasukan mencipta beberapa peluang pada separuh masa pertama tetapi gagal menghasilkan sebarang jaringan dengan penjaga gol Johor FC beraksi cemerlang menyelamatkan percubaan dari Ghaddar dan Indra Putra.

Diseparuh masa kedua, Indra Putra Mahyuddin berjaya menjaringkan gol pertama Kelantan di minit ke 55 hasil tangkapan yang kurang kemas daripada Zamir Selamat, penjaga gol Johor FC.

Keadaan menjadi 1-1 setelah kapten pasukan Johor FC, Khairul Ismail berjaya menanduk masuk bola dari tendangan sudut pada minit ke 60.

Namun, Norshahrul Idlan Talaha menunaikan janjinya untuk mencipta jaringan pada malam ini apabila bijak melepasi 2 orang pertahanan Johor FC sebelum merembat kencang bola melepasi Zamir Selamat dan seterusnya menghadiahkan gol kemenangan kepada Kelantan di minit ke 72.

Kemenangan ini meletakkan Kelantan ditempat kedua dalam kedudukan Liga Super setelah berkongsi 7 mata dengan pasukan T-Team dan dipisahkan hanya dengan perbezaan jaringan.

Kelantan akan berkunjung ke Alor Setar untuk perlawanan seterusnya menentang Kedah FA pada 21 Januari ini sebelum melayani kunjungan Kuala Lumpur seminggu kemudian di Kota Bharu.

video jaringan Kelantan vs Johor FC