29 January 2012

KELANTAN 3-0 KUALA LUMPUR: MATYO UNGGUL, ANTWI SEMAKIN BERBISA

Danny Antwi cemerlang dengan jaringan dalam 2 perlawanan terakhir
Foto: Kredit to dunia sukan online 

Kelantan kekal mendahului carta Liga Super dengan 13 mata apabila mudah menundukkan pasukan terbawah liga, Kuala Lumpur dengan jaringan 3-0 di Stadium Sultan Muhammad ke IV.

Walaupun menguasai perlawanan dengan berarus serangan ke arah pintu gol Kuala Lumpur di separuh masa pertama, kedua-dua pasukan terikat tanpa sebarang jaringan.

Kelantan memiliki beberapa peluang terbaik bagi menghasilkan gol namun percubaan Indra terkena tiang dan Muhammad Ghaddar kelihatan masih belum menjumpai penyudah yang tepat.

Bermula separuh masa kedua Kelantan menggandakan asakan dan gol pertama hadir di minit ke 46 melalui penyerang prolifik kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha yang menanduk masuk bola hantaran Indra Putra.

Kapten pasukan, Badri Radzi turut mencatat nama sebagai penjaring apabila menyumbang gol kedua Kelantan melalui tendangan percuma di luar kotak penalti Kuala Lumpur diminit ke 72.

Danny Antwi melengkapkan kemenangan Kelantan dengan gol ke 3 pada minit ke 79 setelah bijak menyudahkan bola hantaran jauh dari Aziz Ismail.

Norshahrul Idlan terus mengungguli senarai penjaring The Red Warriors dengan 4 gol, diikuti oleh Badri Radzi, 2 , Danny Antwi 2, Muhammad Ghaddar 2 dan Indra Putra 1.

Terengganu dan Perak terus mengekori rapat dibelakang Kelantan dengan hanya perbezaan 1 mata apabila menewaskan lawan masing-masing malam tadi.