27 January 2012

KELANTAN VS KUALA LUMPUR: BILA PENDAHULU LIGA BERTEMU PASUKAN TERCOROT

Pertemuan diantara Kelantan dan Kuala Lumpur malam esok di Stadium Sultan Muhammad ke IV bakal menemukan pendahulu Liga Super dengan pasukan yang menghuni tempat tercorot liga setakat 4 perlawanan.

Kelantan merupakan satu-satunya pasukan yang belum tewas dengan 10 mata berbekalkan 3 kemenangan dan satu seri. Manakala Kuala Lumpur hanya memungut 1 mata dengan 3 kekalahan dan satu seri.

Kelantan dijangka akan kembali dengan misi mengutip 3 mata penuh di tempat sendiri dan akan menggunakan peluang ini untuk menjarakkan mata daripada pencabar terdekat, Terengganu dan Perak yang berkongsi 9 mata.

Sementara itu Kuala Lumpur menyedari bahawa adalah sukar bagi menewaskan Kelantan di tempat sendiri dan jurulatihnya, Razip Ismail menetapkan supaya anak-anak buahnya memberikan yang terbaik dan membawa pulang sekurang-kurangnya satu mata.

Jangkaan Kesebelasan Utama Kelantan

Khairul Fahmi berkemungkinan akan diturunkan namun jika ada sebarang perubahan berkaitan jadual latihannya bersama Harimau Muda, Butler mungkin menggantikannya dengan Syazwan Yusof.

Barisan pertahanan bertunjangkan 4 pemain; Aziz Ismail, Daudsu, Subramaniam dan Farisham dijangka akan dikekalkan setelah beraksi cemerlang semasa perlawanan menentang Kedah dengan tidak melepaskan sebarang gol.

Bahagian midfield sekali lagi mungkin akan diterajui oleh kapten pasukan, Badri Radzi dengan bantuan Shakir Saari serta Nurul Azwan dan Norfarhan dibahagian kiri dan kanan dengan Indra Putra dan S.Chanturu sebagai pilihan tambahan.

Jentera serangan Kelantan yang setakat ini telah berjaya mengumpul jaringan terbanyak di Liga Super dengan 8 gol dijangka akan dibarisi oleh Muhammad Ghaddar dan Norshahrul Idlan dengan Danny Antwi yang dilihat sebagai supersub yang hebat akan masuk di separuh masa.

Jangkaan Kesebelasan Utama Kuala Lumpur

Rozaimie Rohim yang menjadi pilihan utama Razip Ismail di gawang telah melepaskan 8 gol setakat ini namun dijangka akan sekali lagi diturunkan setelah prestasinya meningkat dalam 2 perlawanan terakhir.

'Back four' KL juga dijangka akan dikemudi oleh Arman Farees dan Aslam Najmudeen (kapten pasukan) di bahagian tengah dengan Ahmad Jihad dan Aiman Syazwan dibahagian kanan dan kiri dengan Ahmad Dashila dan Zameer Zainun dibangku simpanan.

Syafiq Johari dan Azrul Azmi mungkin akan dikekalkan dibahagian tengah dengan pemain muda, S.Sivaraj dan Hishamuddin dibahagian kanan dan kiri setelah mereka beraksi baik semasa perlawanan terakhir menentang PKNS.

Razip Ismail dijangka akan mengekalkan Syafwan Sahlan, 19 tahun dan Fazuan Abdullah dibahagian serangan dengan Afiq Azmi sebagai pilihan tambahan. Fazuan berjaya menjaringkan gol pertama KL semasa perlawanan menentang Lions XII dan Afiq Azmi membantu KL mengutip mata pertama mereka dengan 1 jaringan semasa menentang PKNS.