7 January 2012

LIONS XII VS KELANTAN: 10 JANUARI 2012, MUSIM KITA BERMULA DISINI

Lions XII sedia menerima kunjungan juara MSL 2011, Kelantan pada Selasa ini
Foto: FAS
Juara bertahan, Kelantan akan memulakan musim baru Liga Super Malaysia jauh diseberang tambak Johor apabila berkunjung ke Stadium Jalan Besar, Kallang Singapura pada 10 Januari ini.

Kelantan dijadualkan akan menentang pasukan Lions XII dan menjadi pasukan negeri dari Malaysia yang pertama bertemu dengan pasukan dari Singapura secara rasmi setelah kali terakhir beraksi di liga Malaysia pada tahun 1994.

Pasukan yang dinamakan Lion XII ini akan di barisi oleh gandingan diantara pemain-pemain muda bawah 23 tahun dan 10 orang pemain melebihi umur 23 tahun.

Antara pemain senior Lions XII yang melebihi umur 23 tahun ialah Shahril Ishak, Isa Halim, Jumaa't Jantan, Agu Casmir, Baihakki Khaizan, Hyrolnizam Jumaat dan Shaiful Esah. Kebanyakan daripada mereka juga ialah merupakan pemain kebangsaan Singapura.

Penglibatan Lions XII dalam Liga Malaysia jelas dipandang serius oleh FAS dan mereka bukan sekadar memberi pendedahan kepada pemain-pemain muda malah seperti memanggil beberapa pemain utama kebangsaan daripada kelab-kelab lain untuk dikumpulkan dan membentuk Lions XII.

Tidak mustahil jika mereka mampu memberikan cabaran yang serius dalam bola sepak Malaysia dan mampu membawa pulang salah satu piala yang dipertandingkan.

Sebagai persiapan, pasukan bimbingan V.Sundramoorthy ini telah menjalani 3 siri perlawanan pra-musim menentang pasukan dari Malaysia;  kalah 3-2 kepada Johor FA, seri 3-3 dengan ATM FC, seri 1-1 dengan PKNS FC dan menang 1-0 dengan Johor FC.