9 January 2012

LIGA SUPER 2012: KEMUNGKINAN KESEBELASAN UTAMA LIONS XII & KELANTAN



Berikut merupakan ramalan mengenai kesebelasan utama Kelantan dan Lions XII pada perlawanan yang pertama Liga Super Malaysia 2012 di Stadium Jalan Besar, Singapura.

Kedua-dua pasukan mencari 3 mata pertama bagi memulakan Liga Super dengan positif setelah mengharungi beberapa siri perlawanan persahabatan yang kurang memberangsangkan.

Bagi tuan rumah, Lions XII hanya mampu seri 3-3 dengan ATM FC dan kalah 3-2 kepada Johor FA yang merupakan pasukan dari Liga Perdana Malaysia.

Mereka mencatatkan keputusan yang memuaskan apabila berhadapan dengan pasukan Liga Super Malaysia iaitu seri 1-1 dengan PKNS FC dan menang 1-0 dengan Johor FC.

Lions XII dijangka akan menurunkan pemain-pemain utama mereka yang kebanyakkannya adalah pemain-pemain utama dan bekas pemain pasukan kebangsaan Singapura.

Antara pemain Lions XII yang mungkin dikenali ialah Izwan, Shahril dan Haris Harun yang merupakan watak utama ketika Singapura menewaskan Malaysia dalam pusingan kelayakkan Piala Dunia baru-baru ini.

Kelantan juga melalui perlawanan pra-musim yang hambar setelah terlepas dua piala 'persahabatan' iaitu Piala Unity dan Piala Sumbangsih apabila tewas kepada Persebaya FC dan Negeri Sembilan.

Kelantan dijangka akan membuat sedikit perubahan kepada line-up mereka dengan menurunkan Nurul Azwan Roya dan S.Chanturu bagi menggantikan posisi Indra Putra dan Danny Antwi.

Badri Radzi juga akan kembali menggalas tugas sebagai Kapten dan bergandingan dengan Shakir Saari di bahagian pertengahan padang dengan Norshahrul dan Ghaddar kekal dibahagian serangan.

Benteng Kelantan akan kembali menerima aksi Daudsu Jamaluddin dibahagian pertahanan kanan dan Azizi Ismail dijangka akan dikekalkan di pertahanan kiri.

Manakala Subramaniam mungkin akan berpasangan dengan Farisham Ismail di pertahanan tengah setelah Azizi Mat Rose menagalami kecederaan serius ketika perlawanan Piala Sumbangsih.