10 February 2012

KELANTAN 0-0 SABAH: PERAK RAMPAS TAKHTA LIGA DARI KELANTAN

Penjaga gol Sabah, Syed Adney melakukan tendangan
Foto kredit ti Shazli Samsuddin@Dunia Warriors


Kelantan sekadar mencata keputusan seri tanpa jaringan apabila diikat 0-0 oleh Sabah di Stadium Likas malam tadi.

Sabah yang menguasai perlawanan mempunyai banyak peluang untuk menjaringkan gol
namun kecekapan Khairul Fahmi menyelamatkan Kelantan daripada kekalahan pertama musim ni.

Peluang terbaik Kelantan di minit ke 34 adalah daripada rembatan Mohamad Ghaddar yang hanya berhadapan  dengan Syed Adney namun gagal disudahkan dengan baik.

Norshahrul dan Ghaddar turut melakukan beberapa percubaan kearah pintu gol Sabah selepas itu namun percubaan mereka tersasar.

Sabah dinafikan dua peluang untuk mendapatkan sepakan penalti oleh pengadil perlawanan, Mohd Nafis diminit ke 30 dan 67 apabila Michael Baird dan Bobby Gonzales dijatuhkan dalam kotak penalti Kelantan.

Kelantan bertindak mengeluarkan Ghaddar, Shakir dan Obina serta memasukkan Ramzul, Rizal Fahmi dan Farisham Ismail. 

Sabah mendapat sokongan padu daripada penyokong yang datang memenuhi Stadium Likas dan berhak mendapat satu mata daripada perlawanan ini setelah berjaya mengikat pendahulu liga, Kelantan.

Kesebelasan utama Sabah VS Kelantan :

Sabah:
Syed Adney, Sumardi, Ronny, Reithudin(c), Fariss, Brendan Gan, Michael Baird, Bobby, Alto, Shahrudin, Zainizam.

Kelantan:
Khairul Fahmi, Daudsu, Subramaniam, Obinna, Aziz, Piya(c), Shakir, Norfarhan, Indra, Ghaddar, Norshahrul