5 February 2012

KELANTAN 0-2 BALESTIER KHALSA FC: SAMAD OKOCHA DAN OBINNA NWANNERI BELUM MENYERLAH

Aksi pertama Obinna Nwaneri bersama Kelantan.
Foto kredit to J-Photography@facebook



Kelantan tewas buat kali kedua dalam tempoh seminggu dalam siri perlawanan persahabatan kepada Balestier Khalsa FC dengan jaringan 2-0 di Stadium Sultan Muhammad ke IV malam tadi.

Kelantan yang dibarisi oleh 9 orang pemain simpanan kecuali Subramaniam dan Indra Putra, nyata tidak dapat memanfaatkan peluang dan beraksi dengan baik di hadapan hampir 20,000 orang penyokong setia yang hadir.

Pasukan pelawat berada dihadapan diminit ke 29 apabila pemain pertahanan Balestier Khalsa yang berasal dari Australia, Subara Goran mudah menolak masuk bola hantaran daripada Zulkifli Hasyim yang melepasi pertahanan Kelantan.

Kelantan dilihat memiliki lebih banyak penguasaan bola namun serangan dan hantaran bola tinggi dihadapan kepada Ramzul dan Danny Antwi mudah dipatahkan oleh pertahanan Balestier yang memiliki kelebihan dari segi ketinggian.

Penyerang import baru Kelantan, Obinna Nwanneri dimasukkan pada separuh masa pertama pada minit ke 31 menggantikan Subramaniam. Sementara Samad Okocha dan Badri Radzi pula masuk diawal separuh masa kedua menggantikan Ramzul dan Indra Putra.

Walaubagaimana pun, Balestier Khalsa menambah satu lagi jaringan pada minit ke 48 apabila penyerang Korea, Kim Min Ho bijak menggunakan peluang yang hadir hasil kesilapan pertahanan Kelantan.

Kelantan memperolehi peluang terbaik untuk mendekatkan kedudukan pada minit ke 50 namun Samad Okocha menanduk lemah kearah penjaga gol Balestier.

Meskipun Butler memasukkan pemain-pemain utama seperti Norfarhan, Shakir Saari dan Norshahrul Idlan selepas itu, namun Kelantan terus buntu untuk mendapatkan sebarang jaringan.

Kesebelasan utama Kelantan
Shahrizan Ismail.(PG), Zamri Ramli, Subramaniam, Syahrul Azim, Zairul Fitrie, Nurul Azwan Roya, Rizal Fahmi Rosid, Indra Putra, S.Chanturu, Ramzul Zahini Adnan, Danny Antwi.

Pemain gantian Kelantan
Obinna Nwaneri, Badri Radzi, Samad Okocha, Norfarhan, Shakir Saari, Norshahrul Idlan