4 February 2012

KELANTAN VS BELESTIER KHALSA FC: PENAMPILAN SULUNG SAMAD OKOCHA DAN OBINNA NWANERI BERSAMA KELANTAN

Barisan kemungkinan Kelantan vs Balestier Khalsa FC

Kelantan akan menentang kelab dari Singapura, Balestier Khalsa FC didalam perlawanan persahabatan di Stadium Sultan Muhammad ke IV malam ini.

Ini adalah pertemuan kedua bagi kedua-dua pasukan setelah pertemuan persahabatan pertama yang diadakan di Stadium Toa Payoh, Singapura pada 23 November 2011 dimana Kelantan menewaskan Balestier Khalsa FC dengan jaringan 3-0 hasil jaringan Nurul Azwan, E.Okine dan S.Chanturu.

Pertemuan malam ini adalah berbeza dengan pertemuan sebelumnya dimana Kelantan akan menurunkan pemain import terbaharu mereka iaitu Obinna Nwaneri dari Nigeria dan Samad Okocha dari Ghana.

Muhamad Ghaddar dan Danny Antwi yang diletakkan dalam skuad Piala AFC juga berkemungkinan akan diturunkan malam ini samada pada barisan permulaan dan juga gantian.

Kelantan juga dijangka akan merehatkan beberapa pemain utama iaitu Norshahrul Idlan, Azizi Ismail, Shakir Saari, Subramaniam dan Syazwan Yusof yang baru sahaja menamatkan  kem latihan pasukan kebangsaan tamat semalam.

Balestier Khalsa FC ialah sebuah pasukan dari Liga Singapura yang sedang dalam persiapan bagi perlawanan pertama liga yang akan bermula 9 Februari ini menentang Home United FC.

Sebelum ini mereka telah mengadakan 2 perlawanan persahabatan di Malaysia dimana mereka berjaya menewaskan Felda United 1-0 hasil jaringan kapten pasukan, Paul Cunningham pada 2 Februari lalu.

Balestier Khalsa FC tewas 0-2 kepada pasukan bimbingan B.Sathianathan ATM FC pada 31 Januari hasil jaringan bekas pemain Kelantan iaitu, Danial Fadzly dan Nur Fitri Omar.

Untuk rekod, Balestier Khalsa menamatkan Liga Singapura musim lalu dengan menduduki tempat ke 10 daripada 12 pasukan.