8 February 2012

KELANTAN VS SABAH: ''PELUANG KEDUA'' MOHAMAD GHADDAR BERMULA

Barisan Kemungkinan Sabah vs Kelantan
Kelantan tiba di negeri Sabah semalam dengan misi membawa pulang 3 mata penuh ke Kota Bharu dalam perlawanan menentang pasukan Sabah di Stadium Likas, malam ini.

Peter James Butler berkemungkinan akan mengekalkan kesebelasan utamanya bagi memastikan kemenangan diperolehi sebelum mengharungi 4 perlawanan getir berturut-turut selepas ini menentang pesaing terdekat iaitu Terengganu, Selangor, Perak dan Negeri Sembilan.

Kelantan setakat ini telah mengumpul 13 mata hasil daripada 4 kemenenangan dan 1 seri daripada 5 perlawanan serta memiliki jumlah jaringan terbanyak diantara pasukan dalam Liga Super setakat ini dengan 11 gol.

Norshahrul Idlan menjadi nadi penting dibahagian serangan dengan 4 gol berjaya dijaringkan dan sekali lagi akan digandingkan dibahagian serangan bersama Mohamad Ghaddar yang telah dikekalkan untuk aksi Liga Super.

Keputusan KAFA mengugurkan Danny Antwi untuk saingan Piala AFC dan menolak Samadu Okocha akan memberikan peluang terbaik bagi Mohamad Ghaddar untuk membuktikan kemampuannya yang sebenar setelah hanya mampu menjaringkan 2 gol penalti daripada 5 penampilan. 

Kelantan juga bakal diperkuatkan dengan pemain import terbaharu iaitu Obinna Nwaneri dibahagian pertahanan dan dia berkemungkinan besar akan diturunkan sekiranya urusan pendaftarannya dapat diselesaikan hari ini.

Sementara itu, pasukan Sabah dijangka akan memberikan persembahan terbaik mereka bagi melayani kunjungan pasukan pendahulu liga dan yakin untuk sekurang-kurangnya mencuri 1 mata berdasarkan persembahan terkini Kelantan dalam perlawanan persahabatan mereka baru-baru ini.

Sabah setakat ini berkedudukan ditangga ke 11 liga dengan kutipan 5 mata hasil daripada 1 kemenangan keatas pasukan Sarawak (2-1), seri dengan T-Team (0-0) dan PKNS (2-2) dan tewas pada Lions XII (0-1)  dan Felda (0-2).

Penjaring terbanyak bagi pasukan Sabah ialah penyerang import daripada Australia iaitu Michael Baird dengan 2 gol serta 1 gol daripada penyerang tempatan, Bobby Gonzales.

Michael Baird dijangka akan digandingkan bersama Alto Linus di bahagian hadapan dengan dibantu oleh pemain tengah menyerang dari Australia, Brendan Gan dan Radzi Mohd  Husin dibahagian tengah.

Dalam perlawanan terakhir Sabah pada 27 Januari lalu, mereka mempamerkan permainan yang baik serta berjaya menyamakan kedudukan walaupun ketinggalan 0-2 kepada PKNS.