14 February 2012

KELANTAN VS SELANGOR: MAMPUKAH BOSKO BALABAN BANTU SELANGOR TUMBANGKAN KELANTAN?

Barisan kemungkinan Selangor vs Kelantan

Selepas berjaya menundukkan jiran dan pesaing terdekat, Terengganu Sabtu lalu, Kelantan seterusnya akan berhadapan dengan pasukan Selangor di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini.

Kelantan semestinya mahu meneruskan momentum kemenangan ini dengan menundukkan Selangor 'dihalaman sendiri' mereka dan membawa pulang 3 mata penuh ke Kota Bharu.

Sejak musim 2009, rekod pertemuan kedua-dua pasukan dalam Liga Super menunjukkan Kelantan mendahului dengan 2 kemenangan sementara Selangor dengan 1 kemenangan serta 3 kali seri.

Keputusan Kelantan vs Selangor 2009-2011

Sementara itu Selangor akan diperkuatkan dengan penyerang import baharu dari Croatia, Bosko Balaban yang dijangka akan dapat membantu menyelesaikan masalah ketumpulan jentera serangan.

Setakat 7 perlawanan, Selangor hanya mampu mengumpulkan 6 gol dengan Safiq Rahim ialah penjaring terbanyak (2 gol), diikuti oleh Amirul Hadi, Ramez, Gurusamy dan Azidan (1 gol).

Selangor berkedudukan ditangga ke 8 liga setelah hanya mencatatkan 2 kemenangan keatas Perak (1-0) dan T-Team (2-1), seri dengan Negeri Sembilan (2-2), Sarawak (0-0) dan Lions XII (1-1), serta tewas kepada Felda United (1-0) dan PKNS (2-0).

BARISAN KEMUNGKINAN KELANTAN

Peter Butler dijangka akan mengekalkan kesebelasan utama pemain semasa menewaskan Terengganu tempoh hari dengan membuat beberapa perubahan kecil.

Khairul Fahmi bermula digawang dengan Daudsu, Obinna, Subra dan Azizi di barisan pertahanan. Nurul Azwan bersama Chanturu dibahagian kiri dan kanan dengan Badri dan Shakir di bahagian midfield. Norshahrul sekali lagi dijangka akan digandingkan dengan Indra Putra dihadapan.

Obinna yang cemerlang dalam 2 aksi pertamanya sebelum ini dijangka akan menjadi duri dalam daging bagi Selangor bagi mematahkan setiap serangan dan gerakan daripada penyerang Selangor.

BARISAN KEMUNGKINAN SELANGOR

Selangor dijangka akan membuat beberapa pertukaran dengan barisan pemainnya setelah tewas kepada PKNS dengan menurunkan penjaga gol, Jeevanathan bagi menggantikan Norazlan.

Barisan pertahanan diketuai Ramez Dayoub dan Asrarudin dengan Razman dan Asrarudin sebagai bek kanan dan kiri. Sementara Gurusamy,Bunyamin dan Safiq Rahim di bahagian tengah serta Amri Yahyah, Balaban dan Amirul Hadi dibarisan hadapan.

Pilihan lain bagi Selangor ialah Azidan dan Fitri di bahagian midfield serta K.Soley dibahagian hadapan.