11 February 2012

KELANTAN VS TERENGGANU: SIAPA BERKUASA DIPANTAI TIMUR?

Barisan kemungkinan Kelantan vs Terengganu
Terengganu kembali ke Stadium Sultan Muhammad ke IV malam ini dengan misi mengulangi kejayaan mereka menyingkirkan Kelantan pada saingan Piala Malaysia musim lepas.

Sementara Kelantan mahu mengekalkan rekod tanpa kalah mereka musim ini dan memungut 3 mata penuh keatas anak-anak buah Mat Zan Mat Aris dan merapatkan kedudukan dengan pendahulu liga, Perak FA.

Rekod pertemuan Liga Super diantara kedua-dua pasukan sejak 2009 menyebelahi pasukan Kelantan dengan 3 kemenangan manakala Terengganu dengan 1 kemenangan serta 2 seri. 

Kelantan juga tidak pernah tewas kepada Terengganu dalam pertemuan di Stadium Sultan Muhammad ke IV dan pertemuan terakhir mereka pada 14 Oktober 2011 berkeputusan seri 2-2 dalam peringkat suku akhir Piala Malaysia 2011.

Kedua-dua pasukan setakat ini hanya dibolosi 3 gol dengan Kelantan memiliki 11 jaringan dan Terengganu 8 jaringan gol dan membayangkan kekuatan kedua-dua pasukan yang seimbang.

Kekuatan pasukan Terengganu yang seimbang disemua posisi dijangka akan memberikan sedikit kelebihan kepada mereka namun Kelantan dijangka menguasai bola dibahagian midfield.

Setakat 6 perlawanan Terengganu seri dengan  PKNS (1-1), menewaskan T-Team (2-1), Lions XII (1-0), Felda (3-0) dan Sarawak (1-0) dan tewas kepada Perak (0-1).

Klik gambar untuk paparan lebih jelas

BARISAN KEMUNGKINAN KELANTAN

Khairul Fahmi yang cemerlang semasa perlawanan menentang Sabah pasti diturunkan dengan dilindungi oleh Subramaniam dan Obina di pertahanan tengah serta dibantu oleh Shakir Saari dari bahagian tengah bertahan.

Obina dijangka akan mampu mengekang aksi penyerang import berbisa Terengganu, Francis Doe dan konsistensi Subramaniam juga dilihat mampu merantai Manaf Mamat.

Daudsu dan Aziz Ismail seperti biasa akan diturunkan dibahagian bek kiri dan kanan, namun akan kerap naik keatas membantu serangan. 

Badri Radzi dijangka mengetuai pasukan dan beraksi dibelakang Norshahrul dan Ghaddar dengan hantaran tepat. Indra dan Norfarhan juga mungkin diturunkan seperti biasa dengan Nurul Azwan dan Chanturu sebagai pilihan tambahan.

BARISAN KEMUNGKINAN TERENGGANU

Mat Zan Mat Aris dijangka akan membuat perubahan barisan pemain yang mencata keputusan seri dengan PKNS dibahagian pertahanan dengan menggantikan Hariri di bek kanan dengan Zubir Azmi dan Faizal Muhammad dengan Muslim di bahagian pertahanan tengah.

Bahagian midfield menyerang menjadi milik Reshafiq Alwi dengan Shukor Jusoh atau Ismail Faruqi mungkin diturunkan diseparuh masa. Sementara pemain import dari Brazil, Baiano juga dikekalkan dibahagian tengah bertahan.

Bahagian serangan hampir pasti milik Manaf Mamat dan Francis Doe serta Ashari Samsuddin dan Shamsul Kamal dibahagian sayap kiri dan kanan. 

Pemenang kasut emas 2011, Abdul Hadi Yahya yang belum menyerlah musim ini mungkin diturunkan diseparuh masa.