2 February 2012

MALAYSIA 5-0 KELANTAN: HARIMAU MALAYA TERLALU KUAT UNTUK 'SKUAD KEDUA' KELANTAN

Pertahanan Kelantan, Zairul Fitrie cuba merampas bola daripada Norshahrul Idlan.
Foto: Kredit to Shazli Samsuddin [Dunia Warriors]

Harimau Malaya mudah menjinakkan pendahulu Liga Super, Kelantan dengan jaringan 5-0 dalam perlawanan persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Kelantan yang beraksi tanpa 6 orang pemain utama termasuk Norshahrul Idlan, Shakir Saari, Aziz Ismail, Khairul Fahmi, Subramaniam dan Syazwan Yusoff jelas tidak mampu menandingi kehebatan Harimau Malaya.

Pasukan kebangsaan menguasai perlawanan sejak dari sepak mula dan gol pertama dijaringkan oleh Asrarudin Putra diminit ke 36 setelah bola yang cuba dikeluarkan oleh pertahanan Kelantan tertampan pada pengadil perlawanan.

Tiga minit kemudian Kelantan beroleh peluang terbaik untuk menyamakan kedudukan namun tendangan Ghaddar terkeluar walaupun hanya berhadapan dengan Farizal Marlias, penjaga gol negara.

Shahurain Abu Samah menambah gol pasukan kebangsaan setelah meyudahkan hantaran daripada Manaf Mamat untuk menjadikan kedudukan 2-0 sejurus sebelum tamat perlawanan separuh masa pertama.

Kelantan membuat 3 pertukaran bermula separuh masa dengan memasukkan Nurul Azwan, Ramzul Zahini dan S.Chanturu menggantikan Indra Putra, Norfarhan dan Mohamad Ghaddar.

Perubahan pemain memberikan impak positif kepada Kelantan dengan beberapa pergerakan menarik namun Harimau Malaya sekali lagi menambah jaringan ke 3 melalui S.Kunanlan diminit ke 65.

Abdul Hadi Yahya mudah menolak masuk gol ke 4 diminit ke 78 setelah menerima bola hantaran Norshahrul yang mudah melepasi beberapa pertahanan Kelantan dalam kotak penalti sebelum bintang muda Kelantan, Izuan Solahuddin melengkapkan kemenangan bergaya Harimau Malaya dengan jaringan ke 5 diminit terakhir perlawanan.

Kelantan akan mengadakan satu lagi perlawanan persahabatan dengan kelab Singapura, Belestier FC pada 4 Februari di Stadium Sultan Muhammad ke IV dan dijangka 2 orang pemain import baru, Samadu Okucha dan Obinna Nwanneri akan diturunkan buat pertama kali.


Kesebelasan utama Kelantan.
Shahrizan, Farisham, Rizal Fahmi, Daudsu, Zairul Fitrie, Emmanuel Okine, Badri Radzi, Indra Putra, Norfarhan Muhammad, Mohamad Ghaddar, Danny Antwi.

Kesebelasan utama Malaysia
Farizal marlias, Subramaniam, Bunyamin Omar, Faizal, Asrarudin Putra, Shakir Saari, Safiq Rahim, Shahurain, Ashaari Samsuddin, Manaf Mamat, Norshahrul Idlan Talaha.