19 February 2012

PIALA FA 2012: KELANTAN 2-1 SARAWAK; NORFARHAN PASTIKAN KELANTAN KEPUSINGAN KEDUA

Norfarhan Muhammad menjaringakan gol kemenangan Kelantan.
Foto kredit: Shazli Samsuddin TRW

https://www.facebook.com/ShazliImage?ref=ts
Norfarhan dan Indra Putra memastikan Kelantan melangkah kepusingan kedua persaingan Piala FA apabila membantu Kelantan membenam Sarawak dengan jaringan 2-1 di Stadium Sultan Muhammad ke IV.

Sarawak walaubagaimana pun terlebih dahulu berada didepan apabila Azizan Baba mudah menampan bola menewaskan Shahrizan Ismail setelah menerima hantaran cantik daripada penyerang import, Redvan Murotovic.

Murotovic jelas menjadi nadi serangan pasukan Sarawak apabila sekali lagi mencipta peluang melalui hantaranya disebelah kanan namun bola yang ditanduk pemain Sarawak dapat diselamatkan oleh Shahrizan.

Kelantan menyamakan kedudukan setelah Indra Putra menanduk masuk bola hasil tendangan sudut yang diambil oleh Badri Radzi diminit ke 33.

Bermula separuh masa kedua, Kelantan lebih mendominasi permainan namun kedua-dua pasukan terus buntu mencari gol kemenenangan.

Kemasukkan Norfarhan yang masuk menggantikan Onyekachi Nwoha pada 10 minit terakhir perlawanan membawa impak positif apabila dia berjaya menjaringkan gol kemenangan dimasa tambahan.

Kelantan akan bertemu dengan pasukan Kuala Lumpur pada pusingan kedua Piala FA yang akan diadakan pada 10 Mac 2012.

gol pertama Sarawak oleh Azizan Baba

gol penyamaan dari Indra Putra

gol kemenangan oleh Norfarhan

Video kredit to sokernet.com