17 February 2012

PIALA FA 2012: KELANTAN VS SARAWAK: PELUANG ONYEKACHI NWOHA PAMER KEMAMPUAN

Kelantan akan memulakan kempen Piala FA 2012 dengan melayani kunjungan pasukan Sarawak pada malam Sabtu di Stadium Sultan Muhammad ke IV, Kota Bharu.

The Red Warriors sedia menutup 'minggu bermasalah' yang pada minggu ini dengan memastikan Kelantan layak kepusingan kedua Piala FA dengan membenam Sarawak.

Kelantan yang diundi didalam pasukan yang 'lebih mudah' berbanding dengan pasukan Terengganu, Selangor dan Negeri Sembilan dilihat memiliki peluang yang cerah untuk mara sekurang-kurangnya keperingkat separuh akhir Piala FA.

Namun cabaran Sarawak pada pusingan pertama ini tidak boleh dipandang rendah walaupun berstatus pendatang baru dalam Liga Super.

Sarawak telah berjaya mempamerkan peningkatan dari awal musim dengan mencatat dua kemenangan berturut-turut dalam dua perlawanan terakhir Liga Super dengan mengalahkan Felda United dan Johor FC.

Prestasi terkini Sarawak menunjukkan mereka mempunyai rangkainan serangan yang baik dengan mengumpul 10 gol tetapi barisan pertahanan mereka agak lemah dengan bolos 9 gol.

Pemain mereka yang harus diawasi ialah penjaring terbanyak mereka, Guy Bwele, K.Rajan dan Vedran Muratovic. Muratovic ialah penyerang import baru daripada Croatia telah menjaringkan dua gol dalam 3 penampilannya bersama Sarawak.

Pertemuan terakhir kedua pasukan ialah pada saingan Piala Malaysia 2011 dimana Kelantan menewaskan Sarawak 2-0  di Kota Bharu dan 4-0 di Kuching.

BARISAN KEMUNGKINAN KELANTAN

Butler dijangka akan membuat sedikit perubahan dengan menurunkan Onyekachi Nwoha bergandingan dengan Norshahrul di barisan serangan setelah ketiadaan Muhammad Ghaddar.

Barisan pertahanan dijangka tiada perubahan dengan Khairul Fahmi dilindungi 4 bek kental, Daudsu, Subramaniam, Obinna dan Azizi Ismail.

Sementara dibahagian midfield mungkin Nurul Azwan dan Norfarhan bermula dengan Badri dan Shakir dibahagian tengah.

BARISAN KEMUNGKINAN SARAWAK

Sani Anuar dijangka diturunkan digawang dengan barisan pertahanan menerima kembali kapten pasukan, Hairol Mokhtar untuk berganding dengan Yosri Derma Raju, Dzulazlan dan Ramesh Lai Ban Huat.

Sementara Rasyid Aya, Azizan Saperi, Guy Bwele dan Ashri Chuchu dijangka diturunkan dibahagian midfield dengan Muratovic dan Zamri Morsidi bermula dibahagian serangan dengan K.Rajan sebagai pilihan tambahan sekiranya Zamri tidak diturunkan.