24 February 2012

PREVIEW: MALAYSIA VS SABAH FA: PERLAWANAN PERSAHABATAN TEMPATAN

Barisan kemungkinan Sabah vs Malaysia
Pasukan senior kebangsaan akan bertemu pasukan Sabah di Stadium Likas pada 24 Februari dalam satu perlawanan persahabatan setelah perlawanan menentang pasukan kebangsaan Arab Saudi dibatalkan.

Perlawanan malam ini adalah yang ketiga melibatkan pertemuan pasukan kebangsaan dengan pasukan negeri setelah mereka berjaya mengalahkan juara Piala Malaysia 2011, Negeri Sembilan (2-0) dan juara Liga Super 2011, Kelantan (5-0).

Jurulatih kebangsaan, Dato' K.Rajagobal dijangka akan menentukan kesebelasan utama pasukannya bagi perlawanan menentang Filipina nanti berdasarkan prestasi pemain semasa perlawanan malam ini dan ketika menentang Kelantan tempoh hari.

Perlawanan persahabatan antarabangsa terakhir Malaysia adalah pada 13 & 16 November dimana Malaysia sekadar mencatat keputusan seri 1-1 dan tewas 3-2 kepada India yang ketika itu berada 9 tangga dibawah pasukan negara dalam ranking FIFA.

Bagi pasukan Sabah pula, kekalahan mengejut dalam perlawanan Piala FA baru-baru ini kepada Sime Darby sedikit mengecewakan bagi peminat mereka namun prestasi terkini Sabah dalam Liga Super agak memberangsangkan.

Sabah telah mencatatkan 2 kemenangan, 4 seri dan 2 kalah serta prestasi terkini mereka dalam 3 perlawanan terakhir adalah memuaskan dengan berjaya mengikat Kelantan (0-0) dan Kedah (2-2) dan mengalahkan Kuala Lumpur (2-0).

Perhatian peminat mungkin terarah kepada kemampuan pemain import Sabah dari Australia, Brendan Gan untuk mempamerkan permainan yang baik bagi menarik minat K. Rajagobal .

BARISAN KEMUNGKINAN MALAYSIA

Khairul Fahmi Che Mat dijangka akan diturunkan diposisinya malam ini setelah selesai mengetuai pasukan Harimau Muda yang tewas 0-4 kepada Jepun kelmarin.

Rajagobal mungkin akan menurunkan pilihan utamanya dibarisan pertahanan dengan Asrarudin, Fadhli Shas dan Muslim diposisi biasa sementara Bunyamin Omar atau Faizal bakal menggantikan posisi Mahali di bek kanan.

Safiq Rahim sekali lagi akan digandingkan dengan Shakir Saari dibahagian tengah dengan Ashaari dan Wan Zack dibahagian sayap. Baddrol Bakhtiar dan Amar menjadi pilihan tambahan dibahagian tengah serta Kunanlan dan pemain Sabah, Shahruddin Yacup dimasukkan pada separuh masa.

Ketiadaan Norshahrul akan memberikan peluang kepada Manaf Mamat untuk cuba digandingkan dengan Safee Salee dibahagian serangan.

BARISAN KEMUNGKINAN SABAH

Syed Adney yang cemerlang semasa perlawanan menentang Kelantan tempoh hari berkemungkinan akan mengambil alih posisi daripada setelah Azizon mempamerkan prestasi kurang memberangsangkan ketika tewas kepada Sime Darby. Kedua-dua penjaga Sabah ini juga merupakan bekas penjaga gol kebangsaan.

Barisan pertahanan dijangka dibarisi oleh kapten pasukan, Rethuddin Imran yang bergandingan dengan Fariss Azlan dipertahanan tengah. Sumardi menjadi pilihan dibek kiri serta Ronny Harun di bahagian kanan.

Sementara Brendan Gan dijangka beraksi dibahagian tengah bertahan dengan Zainizam Marjan dibahagian tengah menyerang. Brendan Gan dapat membantu Sabah dalam mengawal permainan serta boleh melakukan hantaran dan rembatan jauh ke arah gol.

Posisi Shahruddin yang beraksi bersama pasukan kebangsaan dijangka diambil oleh  Sharul Azhar Ture di bahagian sayap kanan dengan Rozaimi Abd Rahman dibahagian kiri. Rozaimi dan Sharul memiliki kepantasan dan kemahiran yang baik serta banyak membantu mencipta peluang bagi penyerang Sabah.

Penjaring terbanyak Sabah dengan 3 gol, Michael Baird akan bergandingan dengan Leopold Alfonso dibahagian serangan. Namun Bobby Gonzales yang telah mencatatkan 1 jaringan berkemungkinan menggantikan Leopold diseparuh masa.

Men to be Watched: Michael Baird, Rozaimi Abd Rahman, Safee Salee, Safiq Rahim, Wan Zack Haikal