22 March 2012

KELANTAN 1-3 AYEYAWADY UNITED: DUKA DI MYANMAR

Keputusan dan kedudukan dalam kumpulan H.


Kelantan tewas 1-3 kepada  Ayeyawady United didalam aksi kedua saingan Piala AFC di Stadium KTC, Yangon, Myanmar  yang berlansung pada petang semalam.

Ini merupakan kejayaan pertama bagi sebuah kelab dari Myanmar didalam kejohanan ini  setelah hanya mampu seri dengan kelab dari Indonesia, Arema Malang.

Ayeyawady medapat gol pertama diminit ke 6 hasil gol sendiri daripada pertahanan Kelantan, Obinna Nwaneri yang tertampan bola kedalam gawang sendiri walaupun tiada tekanan daripada pemain-pemain lawan.

Kelantan memperolehi peluang untuk menyamakan kedudukan diminit ke 15 apabila hantaran daripada Danny Antwi daripada sebelah kanan gagal disudahkan oleh Muhammad Ghaddar.

Tuan rumah menjarakkan kedudukan kepada 2 gol diminit ke 41 setelah penyerang berbisa, Aung Kyaw Myo melakukan gerakan solo daripada sebelah kanan kotak penalti Kelantan dan mudah melepasi kawalan Zairul Fitrie sebelum rembatannya menewaskan Shahrizan Ismail.

Ghaddar berjaya mendekatkan kedudukan menjadi 2-1 diminit ke 65 setelah menjaringkan gol hasil tendangan penalti  setelah Chanturu dijatuhkan.

 Bojan Hodak bertindak mengeluarkan Badri Radzi, Nurul Azwan dan Daudsu serta memasukkan Norfarhan, Zamri dan Nwoha bagi menggandakan asakan untuk mencari gol penyamaan.

Namun kelekaan pemain Kelantan yang ghairah melakukan serangan dihukum apabila Nay Lin Aung berjaya meloloskan dirinya dan melakukan hantaran daripada sebelah kiri gol Kelantan kepada Jupiter Nganngue yang mudah menolak bola masuk untuk gol ke 3 Ayeyawady United.

Highlight jaringan Kelantan vs Ayeyawady United

Sementara itu, Navibank Saigon berjaya bangkit dari ketinggalan 0-1 kepada Arema Indonesia setelah penyerang import dari Colombia, edison Fonseca meledakkan hatrik untuk Navibank menang 3-1.

Dengan kemenangan ini, Navibank berkongsi 4 mata dengan Ayeyawady United dan mereka akan bertemu pada 4 April ini di Stadium Thong Nat, Vietnam sementara Kelantan akan menjadi tuan rumah kepada Arema Indonesia di Stadium Sultan Muhammad ke IV.