18 March 2012

KELANTAN 2-0 PERAK: DAUDSU & ZAIRUL TAMATKAN BADI DI IPOH


Kelantan menamatkan badi tanpa kemenangan di Stadium Perak, Ipoh dengan membenam Perak 2-0 sekaligus memadam kekecewaan dimalukan oleh tuan rumah dengan jaringan 0-4 pada tahun lalu.

Turun tanpa kelibat penyerang utama, Norshahrul Idlan yang masih belum cergas, Kelantan membuktikan kunci kekuatan kepada skuad The Red Warriors adalah keseluruhan pemain apabila 2 jaringan hadir daripada pemain pertahanan.

Daudsu Jamaluddin mengejutkan seluruh penyokong Perak yang hadir memenuhi stadium dengan  gol pertama pada minit ke 12 hasil tendangan percuma dari tengah padang yang  terus menerjah gawang dan menewaskan Nasril Nourdin yang meninggalkan posisinya.

Nasril sekali lagi terpedaya dengan hasil 'set-piece' yang dirancang oleh pemain Kelantan apabila tendangan percuma seorang lagi pemain pertahanan, Zairul Fitrie menghasilkan gol ke dua Kelantan di minit ke 29.

gol Daudsu Jamaludin

gol Zairul Fitrie

Video kredit: Sokernet.com