5 March 2012

KELANTAN 2-1 NEGERI SEMBILAN: BOJAN HODAK LULUS UJIAN PERTAMA.

Chanturu jaringkan gol kemenangan dramatik diminit akhir perlawanan
Kelantan mencatatkan kemenangan ke 6 musim ini menewaskan pasukan Negeri Sembilan 2-1 sekaligus menebus kembali kegagalan mempertahankan Piala Sumbangsih setelah tewas kepada lawan dan jaringan yang sama januari lalu.

Konflik dalaman yang melanda kem Kelantan setelah tewas pertama kali musim ini kepada Selangor 14 Februari lalu yang menyaksikan berakhirnya khidmat Peter Butler seolah-olah tidak memberikan apa-apa kesan kepada prestasi pemain.

Kelantan yang bermula garang dan lebih banyak mendominasi perlawanan mendapat gol pertama seawal minit ke 2 setelah Badri Radzi berjaya menewaskan Farizal Marlias setelah bola terbias pada kaki pertahanan Negeri Sembilan, Mahatevan.

Negeri Sembilan berjaya menyamakan kedudukan setelah penyerang kebangsaan, Ahmad Shakir Ali menanduk masuk bola yang terlepas dari tangkapan Khairul Fahmi Che Mat di minit ke 54.

Kealpaan pemain-pemain Negeri Sembilan yang kelihatan sudah berpuas hati dengan keputusan seri dan bertindak melambat-lambatkan permainan membawa padah apabila Kelantan terus menggandakan asakan dan berjaya mendapat gol kemenangan diminit terakhir perlawanan.

S.Chanturu menjaringakan gol pertamanya musim ini apabila bijak menendang masuk bola yang betul-betul terhidang dihadapannya setelah Farizal menampan percubaan deras dari luar kotak penalti oleh Shakir Saari.

Kemenangan ini memberikan 3 mata penting kepada Kelantan dan mengekalkan mereka dipuncak liga dengan 20 mata meninggalkan pencabar terdekat, Terengganu yang mempunyai 17 mata.

Gol Piya


Gol Shakir Ali


Gol Chanturu


Kredit video to sokernet