7 March 2012

KELANTAN VS NAVIBANK SAIGON FC: PREVIEW PRA PERLAWANAN

Kelantan akan menjadi tuan rumah kepada pasukan Navibank Saigon FC dalam perlawanan pertama kumpulan H, pertandingan Piala AFC di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini.

Penampilan sulung Kelantan dalam pentas antarabangsa peringkat Asia kali ini walaubagaimana pun sedikit tempang kerana turun tanpa beberapa pemain utama yang mengalami kecederaan.

Norshahrul Idlan, Azizi Mat Rose, Indra Putra, Aziz Ismail, dan Subramaniam mengisi senarai panjang kecederaan pemain Kelantan dan terpaksa diketepikan.

Namun Kelantan bakal mendapat kembali sentuhan 2 penyerang import iaitu Muhammad Ghaddar dan Danny Antwi di bahagian serangan disamping kelibat Nwoha Onyekachi dan Obinna Nwaneri.

Ini juga merupakan penampilan pertama Navibank Saigon dalam kejohanan Piala AFC setelah berjaya menjuarai Piala Vietnam pada musim 2011 setelah menewaskan juara Liga Vietnam 2011, Song Lam Nghe An dengan jaringan 3-0.

Keputusan perlawan terakhir dan kedudukan terkini Navibank Saigon dalan Liga Vietnam

Setelah 8 perlawanan musim 2012, Navibank hanya berkedudukan di bahagian bawah carta V-League ditangga yang ke 11 daripada 14 pasukan bertanding.

Navibank hanya berjaya memenangi 2 daripada 8 perlawanan dengan 4 kekalahan dan 2 seri setakat ini dan dalam perlawanan terakhir mereka sebelum datang ke Malaysia, mereka tewas 0-3 kepada pasukan Khanh Noa.

Pemain Navibank yang harus diberikan tumpuan ialah penjaring terbanyak mereka setakat ini dengan masing-masing 2 jaringan iaitu Ricardinho dan Quang Hai Nguyen.

Ricardinho berumur 23 tahun dan berketinggian 1.78cm ini berasal daripada Brazil dan sebelum ini pernah beraksi di liga Jepun di kelab FC Tokyose,sementara Quang Hai Nguyen pula merupakan penyerang kebangsaan Vietnam.

Setelah 8 perlawanan, Navibank hanya mengumpul 9 jaringan dan bolos 12 gol dalam aksi V-League berbanding Kelantan yang telah mencatatkan 16 jaringan dan bolos 7 gol.

Di atas kertas, Kelantan dilihat mampu menundukkan lawannya pada kali ini bersandarkan status pendahulu Liga Super dan memiliki barisan serangan yang baik dan pertahanan yang mantap.

BARISAN KEMUNGKINAN KELANTAN

Khairul Fahmi dijangka mengisi posisinya di gawang Kelantan dibelakang 4 pertahanan iaitu Zamri Ramli, Obinna, Farisham dan Zairul Fitrie.

Barisan tengah diketuai oleh kapten pasukan, Badri Radzi dan Shakir Saari sementara Chanturu di sayap kiri dan Nurul Azwan Roya mengambil alih posisi Indra di sayap kanan.

Jentera serangan bakal diisi oleh Muhammad Ghaddar dengan dibantu oleh Norfarhan dan Danny Antwi dijangka dimasukkan diseparuh masa sebagai super-sub.

BARISAN KEMUNGKINAN NAVIBANK SAIGON FC

Berdasarkan emel yang diterima daripada pengendali blog viefootball.blogspot.com, Mr. Eric Bui, Navibank berkemungkinan akan menurunkan barisan pemain utama mereka dalam V-League musim 2012.

Anh The Nguyen menjadi pilihan utama digawang dengan dilindungi oleh Vincent Bossou dan Giang Nguyen Thanh pertahanan tengah sementara Khanh Lam Dang dan Viet Cuong Dong di posisi bek kanan dan kiri.

Vincent Bossou mempunyai ketinggian hampir 2 meter dan berkelebihan apabila memintas bola dan hantaran  tinggi sementara bahagian tengah akan diketuai oleh kapten pasukan, Tai Em Phan dan Okon Ekpe.

Pemain dibahagian sayap kanan Navibank, Duoc Em Luong Vanh juga harus diberikan perhatian bersama Ricardinho disayap kiri.

Bahagian serangan mungkin dibarisi oleh Quang Hai Nguyen dan Edison Fonseca yang merupakan penyerang kebangsaan Colombia yang pernah mencatatkan 6 jaringan untuk negaranya.

Piya bersalaman dengan Tai Em Phan, kapten Navibank Saigon
Foto: Berita Harian

KEY PLAYERS

                                                         Badri Radzi    VS    Tai Em phan
                                                   Edison Fonseca    VS    Obinna Nwaneri
                                            Muhammad Ghaddar   VS    Vincent Bossou
                                                           Ricardinho    VS    Zamri Ramli
                                                   Duoc Em Luong    VS    Zairul Fitrie
                                                           S.Chanturu    VS    Viet Cuong Dong