2 March 2012

KELANTAN VS NEGERI SEMBILAN: AKSI PERTAMA KELANTAN TANPA BUTLER

Probable line up: Kelantan vs Negeri Sembilan, 4 Mac 2012
Kelantan memulakan era baru tanpa Peter Butler yang ditamatkan kontrak dipenghujung bulan lalu dengan melayani kunjungan Negeri Sembilan di Stadium Sultan Muhammad ke IV.

Kelantan tewas 1-2 kepada Negeri Sembilan dalam pertemuan terakhir mereka pada perlawanan Piala Sumbangsih dalam aksi pembuka tirai musim ini dengan kedua-dua jaringan oleh pemain import, Effa Owona.

Namun Kelantan bangkit dan mempamerkan prestasi yang cemerlang pada aksi Liga Super dengan mendahului carta liga berbekalkan 5 kemenangan, 2 seri dan 1 kalah.

Negeri Sembilan pula berada di tempat ke 5 carta dengan 3 kemenangan, 3 seri dan 2 kekalahan serta baru sahaja terkeluar daripada persaingan Piala FA setelah tewas mengejut kepada Johor FC.

Pemain Negeri Sembilan yang perlu diawasi ialah Effa Owona yang merupakan penjaring terbanyak pasukan ini dengan 5 gol dan juga Shakir Ali, 4 gol.

Meskipun mempunyai gandingan serangan dan penyudah yang baik, Negeri Sembilan telah dibolosi dengan 11 gol dan menjadi masalah utama kepada skuad Jang.

Pengambilan pemain pertahanan baru dari Slovakia, Marian Farbak telah dibuat untuk memperkuatkan pertahanan Negeri Sembilan yang agak goyah musim ini.

Kelantan kehilangan aksi penyerang sensasi, Norshahrul Idlan yang cedera dan terpaksa bergantung kepada sumbangan Indra Putra dan penyerang import baru, Onyekachi Nwoha.

BARISAN KEMUNGKINAN KELANTAN

Khairul Fahmi yang beraksi cemerlang semasa aksi persahabatan menentang Filipina Rabu lalu akan kembali ke posisinya di gawang Kelantan.

Barisan pertahanan dijangka akan tampil seperti biasa dan dibarisi oleh Daudsu, Subramaniam, Obinna serta Zairul Fitrie berkemungkinan akan menggantikan Azizi Ismail yang mengalami kecederaan.

Badri Radzi yang sudah mengumpulkan 3 gol dijangka akan bergandingan dengan Shakir Saari dibahagian midfield dengan Nurul Azwan dan Norfarhan dibahagian kanan dan kiri.

Indra Putra dan Nwoha pula berkemungkinan akan digandingkan dibahagian serangan setelah ketiadaan Norshahrul Idlan yang cedera.

BARISAN KEMUNGKINAN NEGERI SEMBILAN

Farizal Marlias bakal menjadi pilihan Azrai Khor di gawang utama dengan dilindungi 4 pertahanan iaitu Marian Farbak dan G.Mahatevan di bahagian tengah. Sementara Qhairul Anwar dan Zulfaizham dijangka diturunkan dibahagian kanan dan kiri.

Farbak akan digandingkan dengan Mahatevan setelah Norhafiz Zamani mengalami kecederaan. Manakala Shukor Adan dan Idris Karim dijangka kembali dibahagian midfield tengah.

Kekuatan Negeri Sembilan adalah dibahagian sayap dimana Shahurain dan Kunanlan yang memiliki kepantasan larian dan mutu hantaran yang baik akan menyediakan hantaran-hantaran tepat untuk disudahkan oleh Effa Owona dan Ahmad Shakir Ali.

Key-Man

Effa vs Obinna
Subra vs Shakir Ali
Daudsu vs Kunanlan
Shahurain vs Zairul