19 March 2012

PIALA AFC: KELANTAN VS AYEYAWADY UTD: PREVIEW PRA PERLAWANAN

Kelantan berkunjung ke Pathein, ibu kota daerah Ayeyawady yang terletak di Myanmar bagi menghadapi pasukan tuan rumah, Ayeyawady United pada perlawanan kedua kumpulan H, Piala AFC di Stadium Pathein pada Rabu ini.

Kelantan mengutip 1 mata daripada perlawanan pertama setelah hanya mampu seri tanpa jaringan dengan pasukan dari Vietnam, Navibank Saigon pada 7 Mac lalu didalam perlawanan yang berlangsung dalam keadaan hujan lebat di Stadium Nasonal Bukit Jalil.

Ayeyawady United turut mencatat keputusan seri 1-1 dengan pasukan Arema Malang di Indonesia setelah diselamatkan oleh gol sendiri pemain Arema, Faris Dinata diminit ke 68 setelah pasukannya mendahului 1-0 hasil jaringan Roman Chelo diminit ke 33.

Ayeyawady sedikit tempang pada perlawanan tersebut setelah beberapa pemain muda utamanya terbabit dalam kejohanan Piala Hassanal Bolkiah di Brunei awal bulan lalu dan gagal menggunakan peluang apabila Arema bermain dengan 10 pemain apabila pemain pertahanan mereka dibuang padang dipenghujung separuh masa pertama.

Ayeyawady menduduki tangga ke 6 liga Myanmar setelah mengutip 5 kemenangan, 3 ser dan 2 kekalahan daripada 10 perlawanan. Pasukan ini juga telah mengumpul 15 jaringan dan bolos 8 gol serta merupakan pasukan kelima terbaik pada masa ini di Myanmar.


Manakala bagi pasukan Kelantan, kunjungan ke Myanmar kali ini sudah semestinya mahu mengutip 3 mata penuh setelah berjaya memenangi 4  daripada 5 perlawanan terakhir termasuk 1 seri didalam saingan Liga Super, Piala FA dan Piala AFC.

Kegagalan menundukkan Navibank Saigon ditempat sendiri 7 Mac lalu ekoran perlawanan yang berlangsung dalam keadaan padang yang becak mesti dilupakan dengan persaingan dalam kumpulan H yang masih terbuka.

Bojan Hodak yang kehilangan beberapa pemain utama seperti Norshahrul Idlan, Khairul Fahmi, Subramaniam dan Aziz Ismail yang masih cedera dijangka akan menurunkan barisan pemain yang hampir sama semasa menentang Navibank Saigon.

Namun, Kelantan telah berjaya membuktikan kekuatan pasukan mereka yang seimbang pada musim ini dengan kebergantungan kepada Norshahrul Idlan telah berjaya diimbangi dengan kemunculan Norfarhan dan Indra Putra serta kecemerlangan Badri Radzi.

Buktinya, Kelantan mampu menewaskan Sarawak, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan Perak tanpa kelibat 'Matyo' dengan Norfarhan, Indra, Badri radzi, Chanturu, Daudsu dan Zairul Fitrie mencatatkan nama sebagai penjaring.

Probable line up bagi Ayeyawady United berdasarkan skuad utama dan posisi pemain  yang dikirimkan oleh Admin FB Ayeyawady United, Mr. Ayyar Chittu kepada blog mugonopak.blogspot.com.
BARISAN KEMUNGKINAN KELANTAN VS AYEYAWADY UNITED


Bojan Hodak dijangka sekali lagi akan menurunkan kesebelasan pemain yang hampir sama ketika perlawanan menentang Navibank Saigon tempoh hari dengan kesemua pemain import diturunkan.

Nurul Azwan Roya dijangka mengambil posisi Indra Putra yang tampak belum cergas sewaktu aksi menentang Perak dan Chanturu mungkin dimasukkan diseparuh masa dengan Antwi bermula di sayap kanan.

Muhammad Ghaddar pula hampir pasti diturunkan bersama Nwoha setelah ketiadaan Norshahrul dan Ramzul yang cedera. Norfarhan dan Chanturu mungkin direhatkan bagi aksi suku akhir Piala FA nanti.

KELANTAN

Shahrizan Ismail [gk]
Zairul Fitrie
Obinna Nwaneri
Farisham Ismail
Daudsu jamaluddin
Nurul Azwan Roya
Badri radzi
Shakir Saari
Danny Antwi
Muhammad Ghaddar
Nwoha Onyekachi


Joseph Herel, jurulatih utama Ayeyawady yang berasal dari Slovakia juga akan mendapat kembali skuad utamanya dan akan tampil lebih kuat berbanding perlawanan menentang Arema tempoh hari. 

Pemain Ayeyawady yang harus diberikan perhatian selain daripada Sai Than Aung dan Aung Kyaw Myo ialah penjaring terbanyak mereka dari Nigeria, Jupiter Ngangue yang berjaya menjaringkan 4 gol dalam 2 perlawanan terakhir Ayeyawady.

Ayeyawady memiliki 3 pemain import yang memperkuatkan setiap posisi dimana John Karangwa (Nigeria) di bahagian pertahanan, Miroslav Latiak (Slovakia) di midfiled dan Jupiter (Nigeria) di bahagian serangan.

AYEYAWADY UNITED

Thiha Sithu [gk]
Zaw Zaw Oo
Htun Lin Aung
Kyaw Zayar Min
John Karangwa
Nanda Lin Kyaw Chit
Nay Lin Tun
Miroslav Latiak
Aung Kyo Myo
Sai Than Aung
Jupiter Yves Ngangue


PEMAIN TUMPUAN