28 March 2012

PIALA FA 2012: KELANTAN 2-0 KL SPA (AGG 5-0): KELANTAN BERTEMU KEDAH DI SEPARUH AKHIR

Norfarhan Mohamad ledak 3 gol untuk Kelantan dalam 2 aksi suku akhir Piala FA.

Foto: 

Finalis tahun lalu, Kelantan mudah melangkah keperingkat separuh akhir Piala FA 2012 apabila membenam Kelab Kuala Lumpur SPA dengan jaringan 2-0 di Stadium Sultan Muhammad ke IV.

Gol kemenangan Kelantan hasil jaringan Norfarhan Mohamad diminit ke 16 sebelum penyerang import dari Nigeria, Nwoha Onyekachi menjadikan kedudukan 2-0 hasil jaringan sulungnya untuk Kelantan diminit ke 71.

Sebelum itu Nwoha telah mensia-siakan peluang bagi menambahkan jaringan setelah tendangan penalti yang diambilnya hanya singgah ditiang gol Kuala Lumpur SPA.

Kelantan layak ke separuh akhir dengan aggregat 5-0 apabila berjaya menundukkan lawan yang sama dengan jaringan 3-0 pada 24 Mac lalu.

Norfarhan Mohamad muncul wira Kelantan setelah berjaya meledakkan 3 gol dalam 2 perlawanan suku akhir Piala FA setakat ini dan gandingannya bersama Nwoha kelihatan berkesan.

Kelantan bakal bertemu Kedah pada 21 April ini bagi perlawanan pertama separuh akhir Piala FA 2012 setelah Kedah berjaya menewaskan T-Team di Kuala Terengganu dengan jaringan 2-1 setelah terikat tanpa jaringan dalam aksi pertama.