25 March 2012

PIALA FA 2012: KELANTAN 3-0 KL SPA

Nurul Azwan cuba melepasi pemain KL SPA.
Foto: 

NAIB juara Piala FA, Kelantan terus mengorak langkah kanan untuk menebus kekecewaan final tahun lalu dengan mengutip bekal selesa di Stadium Nasional Bukit Jalil selepas menewaskan pasukan Liga FAM, SPA FC 3-0 malam tadi.

Kelantan berada di kelasnya tersendiri pada aksi pertama saingan suku akhir Piala FA dan mendominasi permainan sebaik wisel permulaan ditiup, namun gagal membolosi gawang tuan rumah. Sebaliknya SPA FC hampir mengejutkan Kelantan apabila percubaan penyerangnya, Khairol Azry sekadar terkena tiang.

Anak buah Bojan Hojak yang tersentak dengan percubaan SPA FC terus menggandakan usaha dan pada masa kecederaan babak pertama, kapten Mohd Badhri Radzi berjaya meletakkan pelawat di depan hasil sepakan kencang dari luar kotak penalti.

Bersambung babak kedua, SPA FC terus diasak oleh jentera serangan Kelantan sehingga terpaksa merelakan gawang mereka dua kali dibolosi oleh Norfarhan Mohamad pada minit ke-47 dan 77 untuk memberi bekalan selesa kepada pelawat menjelang perlawanan timbal balik Selasa ini.

Highlight Kelantan 3-0 KL SPA

Sumber: Berita Harian.