24 April 2012

PIALA AFC: KELANTAN 2-1 NAVIBANK SAIGON: KELANTAN CIPTA KEJUTAN DI VIETNAM

Aksi Ghaddar menjaringkan gol kemenangan Kelantan.
Kelantan mencatatkan kemenangan ketiga berturut-turut dalam saingan Piala AFC kumpulan H setelah menewaskan Navibank Saigon 2-1 di Thong Nhat Stadium, Ho Chi Minh City malam tadi.

Tuan rumah yang menguasai permainan di separuh masa pertama mengejutkan pasukan pelawat apabila Edison Fonseca berjaya menewaskan Khairul Fahmi Che Mat diminit ke 28 namun jaringannya dibatalkan kerana ofsaid.

Fonseca menebus kehampaan itu 10 minit kemudian apabilameletakkan Navibank Saigon 1-0 dihadapan apabila berjaya menjaringkan gol diminit ke 38.

Bermula separuh masa kedua, Kelantan mula menunjukkan peningkatan penguasaan bola dengan kemasukkan Muhammad Ghaddar dan Nurul Azwan menggantikan Norfarhan Mohamad dan Danny Antwi.

Kelibat Ghaddar yang lincah memaksa pertahanan Navibank berkerja keras dan terpaksa menghadiahkan tendangan percuma diluar kotak penalti mereka.

Pemain-pemain Kelantan meraikan gol penyamaan dari Indra Putra.
Hasilnya, Kelantan berjaya menyamakan kedudukan apabila Indra Putra bijak menyempurnakan tendangan percuma itu dengan menewaskan penjaga gol tinggi lampai Navibank, Santos diminit ke 80.

Kemasukkan Norshahrul Idlan menggantikan Nwoha Onyekachi selepas itu turut membuahkan hasil apabila dia berjaya melakukan hantaran cantik untuk disudahkan oleh Muhammad Ghaddar bagi gol kemenangan Kelantan di minit ke 83.

Kelantan kini menduduki tangga pertama kumpulan H dengan sepuluh mata dengan Navibank ditangga kedua dan Ayeyawady yang tunduk 1-3 kepada Arema ditangga ke 3.

Kedudukan Kumpulan H

Gol penyamaan Indra

Gol Pendahuluan navibank oleh Fonseca


Gol kemenangan oleh Ghaddar