1 April 2012

KELANTAN 5-1 FELDA UNITED: KELANTAN TETAP CEMERLANG WALAU KAFA DILANDA RIBUT

Indra Putra meraikan jaringan ke 4 Kelantan
Foto: 



Seakan menterjemahkan perasaan penyokong-penyokong Kelantan yang geram dengan apa yang berlaku kepada Presiden KAFA, pemain-pemain Kelantan beraksi cemerlang apabila membelasah Felda United 5-1 di Stadium Sultan Muhammad ke IV malam tadi.

Penyokong Kelantan sebelum itu berhimpun diluar stadium dan mengadakan satu demonstrasi ringkas untuk meluahkan rasa kurang senang dengan isu ini.

Kelantan kekal mendahului carta LIga Super dengan mengutip 26 mata meninggalkan Lions XII ditangga kedua dengan 23 mata yang turut mencatatkan kemenangan 2-1 keatas T-Team.

Penyerang import, Onyekachi Nwoha menyumbangkan 2 gol diminit ke 3 dan 45 sekaligus mengumpul 3 jaringan dalam 2 perlawanan terakhir .

Felda cuba bangkit melalui jaringan Azrul Ahmad diminit ke 4 namun penguasaan penuh Kelantan menyaksikan tuan rumah menambah 3 lagi jaringan diseparuh masa kedua.

Norfarhan Muhammad, Indra Putra dan Badri Radzi masing-maseing menjaringkan 1 gol peribadi malam tadi diminit ke 65, 67 dan 81.

Perlawanan seterusnya Kelantan bakal menerima kunjungan kelab dari Indonesia, Arema pada aksi Piala AFC yang akan berlangsung buat pertama kalinya di Kota Bharu.

Video jaringan Kelantan vs Felda: Kredit to Epiebeck Video