3 April 2012

KELANTAN VS AREMA INDONESIA FC: PREVIEW PRA-PERLAWANAN

Probable line-up: Kelantan vs Arema Indonesia
Kelantan bakal menerima 'tetamu pertama' dari saingan Piala AFC, iaitu Arema Indonesia di Stadium Sultan Muhammad ke IV, malam ini.

Wakil AFC meluluskan permohonan tuan rumah untuk mengadakan pertandingan ini di Kota Bharu setelah Kelantan terpaksa menggunakan Stadium Nasional Bukit Jalil dalam perlawanan sulung mereka dalam Piala AFC.

Kelantan yang berkongsi 1 mata dengan Arema dalam kumpulan H setelah masing-masing hanya mampu seri pada perlawanan pertama dan kedua-dua pasukan tunduk dengan jaringan yang sama, (Kelantan 1-3 ayeyawady dan Navibank 3-1 Arema Indonesia).

Kedudukan kumpulan H
Kelantan dan Arema masing-masing mencari kemenangan pertama dan mengutip 3 mata sambil mengharapkan salah satu atau kedua-dua pasukan teratas kumpulan H iaitu Navibank dan Ayeyawady keciciran mata.

Prestasi tidak menentu Arema musim ini dengan 4 kekalahan, 3 seri dan 3 kemenangan meletakkan mereka ditangga ke 9 Liga Perdana Indonesia dengan 12 mata.

Arema memiliki kadar jaringan yang memuaskan dengan 16 jaringan mencerminkan keupayaan jentera serangan yang dimiliki tetapi barisan pertahanan dilihat agak goyah apabila mencatatkan 14 bolos.

Dalam 5 perlawanan terakhir, Arema hanya mencatatkan 1 kemenangan, tewas 3 kali dan seri sekali, termasuk keputusan 1-1 dengan Ayeyawady dan tewas 1-3 kepada Navibank dalam Piala AFC.


Walau bagaimanapun, dua pemain utama Arema iaitu Abdul Musafri (5 gol) dan Roman Chmelo (4 gol) berjaya menempatkan diri mereka dalam senarai penjaring terbanyak Liga Perdana Indonesia sekaligus menjadi pemain yang harus diawasi.

Arema dijangka akan tampil lebih kemas dibarisan pertahanan dengan kembalinya Gunawan Dwi Cahyo yang sebelum ini dikenakan kad merah semasa menentang Ayeyawady di Indonesia.

Jurulatih Arema, Dejan Antonic dari Serbia mempertahankan prestasi anak-anak  buahnya semasa tewas 1-3 kepada Navibank walaupun mendahului diawal permainan dengan alasan kepenatan. Penyerang Navibank, Edison Fonseca mencatatkan hatrik pada perlawanan tersebut.

Arema mempunyai 4 orang pemain import iaitu penjaga gol, Dennis Romanov dari Latvia, Marko Krasic dari Serbia, Roman Chmelo dari Slovaki dan penyerang, Andrew Barisic dari Australia.

Sementara itu, Kelantan sekarang berada didalam prestasi terbaik musim ini setelah mencatatkan  5 kemenangan dalam 6 perlawanan terakhir mereka dalam semua kejohanan dan mendahului carta Liga Super Malaysia dengan 26 mata.

Ketiadaan pemain utama seperti Norshahrul Idlan, Aziz Ismail dan Khairul Fahmi dijangka tidak akan melemahkan skuad Kelantan setelah pemain yang menggantikan posisi mereka telah beraksi cemerlang setiap kali diturunkan.

Peningkatan mendadak pemain-pemain dibawah kendalian jurulatih baru, Bojan Hodak menyaksikan pemain-pemain seperti Norfarhan Mohamad, Nwoha Onyekachi, Badri Radzi dan Indra Putra beraksi cemerlang dan menjadi faktor kemenangan pasukan.

Senarai penjaring terbanyak Kelantan dalam kesemua kejohanan setakat ini ialah, Badri Radzi (7 gol), Norfarhan (6 gol), Norshahrul (6 gol), Indra Putra (6 gol), Ghaddar (3 gol), Nwoha (3 gol) dan Danny Antwi 2 gol. [kredit to the red warriors 2011]

BARISAN KEMUNGKINAN KELANTAN VS AREMA INDONESIA

KELANTAN
Shahrizan Ismail [gk]
Daudsu Jamaludin
Obinna Nwaneri
Subramaniam
Zairul Fitrie Ishak
S.Chanturu
Badri radzi
Shakir Saari
Indra Putra
Norfarhan Mohamad
Nwoha Onyekachi

AREMA INDONESIA
Dennis Romanov
Gunawan Dwi Cahyo
Hermawan
Irfan Raditya
Fariz bagus Dhinata
Legimin Raharjo
Marko Krasic
Roman Chemelo
Ahmad Amiruddin
Talahou Abdul Musafry
Andrew Barisic