8 April 2012

LIGA SUPER 2012: KELANTAN 1-1 SARAWAK: NORFARHAN PASTIKAN 1 MATA UNTUK KELANTAN

Aksi Kelantan vs Sarawak di Stadium Kuching. Foto: Sarawakbloggers.net
Kelantan berjaya meraih 1 mata berharga daripada perlawanan menentang Sarawak di Stadium Kuching malam tadi apabila mencatat keputusan seri 1-1 hasil jaringan Guy Bwelle dan Norfarhan Mohamad.

Sarawak yang mendominasi penguasaan bola pada separuh masa pertama walau bagaimana pun dikejutkan dengan jaringan Norfarhan yang menerima hantaran Daudsu diminit ke 10 namun gol itu dibatalkan kerana ofsaid.

Tuan rumah menggandakan asakan menerusi gandingan Bwelle dan Epalle dibahagian serangan dengan dibantu oleh Zamri serta Asri Chuchu dibahagian sayap dan hasilnya mereka mendahului diminit ke 15 hasil tendangan percuma luar kotak penalti oleh Bwelle.

Bermula separuh masa kedua Kelantan mula mendapat rentak dan penguasaan bahagian midfield membenarkan pemain-pemain Kelantan melancarkan serangan demi serangan dalam usaha memburu gol penyamaan.

Hasilnya, Norfarhan Mohamad sekali lagi muncul wira Kelantan apabila berjaya melepasi pertahanan Sarawak dan menewaskan Sani Anuar untuk gol penyamaan Kelantan diminit ke 85.

Sarawak hampir mendahului sekali lagi namun percubaan K.Rajan berjaya dikeluarkan diatas garisan gol oleh pertahanan Kelantan diminit ke 89 untuk perlawanan berkesudahan seri 1-1.

Sumber: sarawakbloggers.net