15 April 2012

LIGA SUPER 2012: KELANTAN 1-1 T-TEAM: T-TEAM MASIH SUKAR UNTUK DIJINAKKAN

Nwoha Onyekachi cuba melepasi pertahanan T-Team, Bojan Petric.
Foto: Duniasukan.com

Kelantan gagal mengutip 3 mata penuh apabila sekadar seri 1-1 dengan T-Team dalam perlawanan terakhir pusingan pertama Liga Super 2012 di Stadium Sultan Muhammad ke IV, malam tadi.

Walaupun mendahului lawan melalui jaringan Nurul Azwan Roya di minit ke 43, T-Team bangkit menyamakan kedudukan di separuh masa kedua hasil jaringan Khairul Izwan Khalid diminit ke 74.

Nwoha terlebih dahulu mencuri tumpuan apabila berjaya melakukan jaringan di awal permainan namun dibatalkan oleh pengadil kerana menolak pemain pertahanan T-Team dalam kotak penalti.

Kemasukan Norshahrul Idlan diminit-minit terakhir perlawanan juga berjaya menjelmakan beberapa peluang menjaringkan gol namun Syamsuri Mustafa cemerlang mempertahankan golnya.


Keputusan seri ini mengekalkan Kelantan ditangga kedua dibelakang Singapura dengan 28 mata, 5 mata dibelakang Singapura yang mengutip 33 mata setelah tewas mengejut 0-1 kepada PKNS FC.

Perlawanan Kelantan seterusnya adalah pada 17 April ini menentang T-Team di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

Video jaringan Kelantan 1-1 T-Team.
Kredit to Epieback Video