18 April 2012

LIGA SUPER 2012: KELANTAN 2-1 T-TEAM: PENALTI GHADDAR TAMATKAN 'BADI' T-TEAM

Ghaddar sentiasa diekori rapat oleh pertahanan t-Team.

Foto kredit: 

Kelantan menewaskan T-Team 2-1 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah malam tadi dengan kesemua gol dijaringkan diseparuh masa kedua.

Penjaring gol penyamaan T-Team ketika perlawanan di Kota Bharu minggu lepas, Khairul Izwan Khalid sekali lagi mencipta nama sebagai penjaring apabila berjaya meletakkan tuan rumah dihadapan diminit ke 53.

Kecederaan kapten dan penjaring terbanyak T-Team, Zairo Anuar Zailani yang terpaksa dikeluarkan diminit akhir separuh masa pertama membataskan penguasaan dan gerakan T-Team.

Kelantan berjaya menjaringkan gol penyamaan melalui rembatan luar kotak penalti oleh S.Chanturu yang gagal diselamatkan oleh Syamsuri Mustafa diminit ke 63.

Kemasukan Indra Putra dan Norshahrul banyak membantu jentera serangan Kelantan di separuh masa kedua dan gol penyamaan hadir apabila pertahanan T-team, Bojan Petric dibuang padang setelah menahan bola dengan tangan.

Penalti diminit ke 88 ini disempurnakan oleh Muhammad Ghaddar untuk Kelantan pulang dengan 3 mata penuh sekaligus mengekalkan jarak 5 mata dengan Singapura yang mendahului carta Liga Super dengan 36 mata.


Video Kelantan 2-1 T-Team.
Kredit to sokernet.com