7 April 2012

LIGA SUPER 2012: KELANTAN VS SARAWAK: PREVIEW PRA-PERLAWANAN

Kelantan, Sarawak, Malaysia FA Cup
Pertemuan pertama Kelantan dan Sarawak dalam saingan Piala FA, Kelantan 2-1 Sarawak. Foto: goal.com
Kelantan yang masih segar daripada kemenangan pertama dalam saingan Piala AFC Rabu lalu keatas kelab Arema Indonesia bakal 'singgah' sebentar di Kuching untuk aksi Liga Super sebelum berangkat ke Indonesia bagi melawan Arema dikandang sendirinya.

Kepadatan jadual, kepenatan, masa dan jarak yang harus ditempuhi oleh pemain-pemain Kelantan April ini dijangka akan dapat diatasi dengan sistem penggiliran pemain yang digunakan oleh Bojan Hodak dalam saingan Liga Super, Piala FA dan Piala AFC.

Selepas perlawan menentang Sarawak, Kelantan bertemu Arema di Indonesia pada 10 April, kemudian pulang bagi menghadapi dua perlawanan timbal balik menentang T-Team pada 14 dan 17 April sebelum bertemu dengan Kedah dalam aksi Separuh akhir pertama Piala FA.

Kembalinya Norshahrul Idlan akan dijangka akan dapat memperkuatkan jentera serangan Kelantan yang semakin ampuh dengan Norfarhan dan Nwoha yang berada di prestasi terbaik mereka musim ini.

Kelantan dan Sarawak telah bertemu pada musim ini dalam pusingan pertama Piala FA di Kota Bharu yang berkesudahan Kelantan mara keperingkat seterusnya hasil jaringan dramatik Norfarhan Mohamad diminit akhir perlawanan.

Sarawak setakat ini telah mengumpul 4 kemenangan, 2 seri dan 5 kekalahan dan berada ditangga ke 8 liga dengan 14 mata. Perlawanan terakhir Sarawak menang besar menenwaskan PKNS FC 4-1 hasil jaringan Asri Chuchu (2), Muratovic (1) dan Shahrol (1). 

Perlawanan tersebut merupakan penampilan terakhir Muratovic untuk Sarawak sebelum disingkirkan ekoran prestasi yang kurang memberangsangkan dan digantikan dengan penyerang dari Cameroon, Joel Epalle.

Joel Epalle, 34 tahun.
Pemain ini membuat penampilan pertama bersama Sarawak ketika perlawanan persahabatan menentang pasukan kebangsaan dimana beliau berjaya menjaringkan gol bagi mengikat anak-anak buah Rajagopal 1-1.

Roberts Alberts yakin gandingan Epalle dan Bwele akan mampu memberi nafas baru kepada Sarawak dan Epalle akan membuat penampilan pertamanya dalam Liga Super ketika menentang Kelantan malam ini.

Pemain yang pernah beraksi bersama kelab Panathinaikos di Greece pernah diturunkan semasa kelabnya tewas 0-5 kepada Manchester United dalam aksi Champions League dan prestasi terbaiknya adalah ketika mewakili kelab Iraklis di Greece selama 2 musim dengan 25 jaringan.

Epalle dikatakan mempuyai mutu permainan yang tinggi dengan kepantasan larian, hantaran tepat dan penyudah berbisa, namun berdasarkan umurnya serta prestasi terkini, barisan pertahanan Kelantan dijangka akan dapat mengekang pemain ini.

Penjaring terbanyak Sarawak setakat ini ialah Ashri Chuchu dengan 3 gol sekaligus menjadikannya pemain yang perlu diawasi bersama Azidan Baba yang menjaringkan 1 gol di Kota Bharu Februari lalu.

BARISAN KEMUNGKINAN KELANTAN VS SARAWAK