14 April 2012

LIGA SUPER 2012: KELANTAN VS T-TEAM: PREVIEW PRA PERLAWANAN

Kelantan kembali meneruskan aksi dalam Liga Super setelah ketinggalan 3 perlawanan berbanding pendahulu terkini liga iaitu Singapura ekoran susunan jadual yang padat.

Perlawanan menentang T-Team malam ini merupakan yang terakhir bagi pusingan pertama dan Kelantan bakal bertemu dengan lawan yang sama pada 17 April bagi perlawanan pertama pusingan kedua.

Musim lepas T-Team merupakan 'boogey team' kepada Kelantan apabila tewas dalam kedua-dua perlawanan menentang T-Team dalam aksi Liga Super 2011.

Indra Putra menjaringkan gol kemenangan T-Team pada minit terakhir perlawanan di Kota Bharu menewaskan Kelantan 2-1 pada 25 Mei dan Norfarhan turut menjaringkan 1 daripada 4 gol semasa Kelantan tewas 3-4 di Kuala Terengganu.

Namun musim ini semuanya berbeza apabila 'trio' Indra, Norfarhan dan Azizi berpatah balik dan kembali memperkuatkan pasukan Kelantan.

Indra dan Norfarhan musim ini telah menyumbangkan masing-masing 2 gol untuk Kelantan dalam aksi Liga Super dengan Norfarhan muncul penyelamatdan menjaringkan gol penting Kelantan dalam beberapa perlawanan.


Prestasi terkini T-Team agak merudum walaupun cemerlang pada awal musim ini dan telah tewas dalam 3 perlawanan terakhir mereka kepada Kedah, Singapura dan PKNS.

Walaupun telah mengggurkan Zacharia Simukonda dan membawa masuk penyerang baru dari Brazil, Marco Tulio, T-Team kelihatan masih mencari-cari semula rentak mereka.

Sandaran T-Team tetap diletakkan dibahu kapten pasukan, Zairo Annuar Zailani yang telah mengumpul 9 jaringan setakat ini untuk memecahkan pertahanan Kelantan bersama Fadzli Saari dan Marco dibahagian serangan.

Manakala Kelantan pula berada dalam prestasi terbaik mereka bulan ini dengan mengumpul 5 kemenangan dan 1 seri daripada 6 perlawanan terakhir dalam semua kejohanan.

Jentera serangan Kelantan berkemungkinan akan mengekalkan gandingan Nwoha dan Norfarhan dimana Norshahrul Idlan yang baru pulih daripada kecederaan akan bermula dibangku simpanan.

Nwoha telah berjaya menjaringkan 3 gol dalam 2 perlawanan terakhirnya dan sudah pasti mahu membuktikan sesuatu kepada jurulatih Kelantan, Bojan Hodak sempena pintu pendaftaran pemain import yang terbuka semula bulan ini.

BARISAN KEMUNGKINAN KELANTAN VS T-TEAM

KELANTAN
Shahrizan Ismail (gk)
Daudsu Jamaluddin
Subramaniam
Obinna Nwaneri
Zairul Fitrie
Indra Putra
Badri Radzi
Shakir Saari
Chanturu
Nwoha Onyekachi
Norfarhan 

T-TEAM

Syamsuri Mustafa (gk)
Shahril Faizal
Bojan Petric
Norfazly alias
Abdul Alif Alias
Tengku Hasbullah
Zairo Annuar
Hasbullah Awang
Mohd Faiz Subri
Marco Tulio
Fadzli Saari